Mia Ahmad artis Malaysia carian paling tinggi di Google tahun 2015

Teraju utama drama popular, Hati Perempuan, Mia Ahmad menjadi subjek carian yang paling digemari oleh pelayar Google di negara ini sepanjang tahun 2015.

Mia merupakan artis tempatan yang berada di tangga keempat daripada 10 carian tertinggi dalam kategori orang.
Selain Mia, pelakon Diana Danielle berada di tangga ketujuh, di kedudukan pertama adalah bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew diikuti pelakon Fast & Furious, Paul Walker dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di kedudukan ketiga.
Dalam carian kategori berita pula pesawat malang AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa paling tinggi dilayari diikuti serangan di Paris.
Model kereta Honda HRV pula menjadi model kereta tertinggi yang digemari pelayar diikuti Lykan Hypersport dan Perodua Axia. - K! ONLINE

0 comment... add one now