Mesut ozil tunai umrah sebelum Kejohanan EURO 2016 jadi perhatian!


Pemain sensasi Arsenal, Mesut Ozil telah berangkat ke Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah sebelum Kejohanan EURO 2016 yang akan berlangsung bulan hadapan.
Gambar dan video pemain antarabangsa Jerman berketurunan Turki itu di Mekah mula tersebar di media sosial. Kelibat Ozil di Kota Suci itu disedari beberapa jemaah di sana dan mereka sempat merakamkan selfie bersamanya.
Mesut Ozil Tunai Umrah Menjelang EURO 2016
Mesut Ozil Tunai Umrah Menjelang EURO 2016
Bintang Arsenal itu sememangnya terkenal sebagai seorang Muslim yang taat. Malah dia sering dilihat berdoa sebelum sesuatu perlawanan bermula.
Sekembalinya daripada menunaikan umrah, Ozil akan bersama pasukan Jerman bagi persiapan menghadapi perlawanan di Perancis.
Difahamkan, semasa keberadaan di Timur Tengah itu, Ozil telah melawat sebuah kem pelarian di Jordan iaitu Kem Zaatari dan sempat meluangkan masa bermain bola sepak dengan penghuni kem tersebut.
Mesut Ozil Tunai Umrah Menjelang EURO 2016
Selain Ozil, terdapat beberapa pemain bola sepak dunia Muslim yang terkenal seperti Riyad Mahrez (Leicester City) dan Adnan Januzaj (Manchester United) yang turut sama menunaikan umrah.

0 comment... add one now