Mesin basuh khas cuci tudung bakal dilancarkan di Indonesia


JIKA sebelum ini kaum wanita berasa amat payah untuk mencuci tudung yang mempunyai labuci dan perincian gunakan mesin basuh biasa, kini tidak perlu risau lagi!

Jenama pengeluar alat elektronik terkemuka Jepun, Aqua telah menghasilkan satu ciptaan mesin basuh inovasi yang dikhaskan untuk mencuci tudung sahaja tanpa perlu risau kehilangan sebutir pun manik pada helaian tudung kegemaran anda.
Pengarah Pemasaran Aqua Jepun di Indonesia memberitahu, mesin basuh itu dilancarkan di negara tersebut memandangkan penduduk beragama Islam paling ramai di dunia terdapat di situ.
Bagaimana pun dream.co.id melaporkan, mesin basuh tersebut hanya akan dilancarkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

0 comment... add one now