Mengejutkan kecederaan Safiq Rahim ternampak bahagian tak sepatutnya!


Gambar MRI yang dimuat naik oleh laman Penyokong Setia Johor itu, 5 jam yang lalu itu mencetus pelbagai reaksi netizen.
Niat di hati mahu berkongsikan gambar imbasan MRI kecederaan di bahagian peha kapten pasukan JDT tersebar di media sosial, apabila gambar MRI tersebut juga menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya.
“Kecederaan Peha Kapten JDT, Safiq Rahim dikenali sebagai Hemotoma. Darah beku rasanyalah. Semoga cepat sembuh kapten. InshaAllah. Amin,” katanya.
Menyedari sesuatu yang tidak kena selepas ditegur netizen, pengendali laman itu kemudian menurunkan gambar berkenaan.
“Terima kasih menegur. Sumpah saya tak perasan ada sesuatu yang engkorang nampak. Maaf. Lepas ini akan diteliti dahulu sebelum post. Terima kasih,” katanya.
Bagaimanapun, gambar itu telah discreenshot oleh netizen dan tersebar meluas di media sosial. Netizen diminta untuk tidak menyebarkan gambar tak bertapis itu lagi di mana-mana media sosial.
Apa-apa pun, kita doakan Safiq Rahim cepat sembuh dari kecederaan yang dialami.

0 comment... add one now