Maxis kini tawar Apple iPhone SE melalui Zerolution serendah RM45 sebulan

maxis zerolution
Maxis kini secara rasminya telah membuka tempahan bagi Apple iPhone SE mulai hari ini dengan penjualan rasmi akan bermula pada 13 Mei 2016.
Maxis akan menawarkan telefon pintar terbaru Apple iPhone SE ini melalui program pemilikan Zerolution dengan bayaran bulanan ( untuk peranti sahaja) serendah RM 45 sebulan.
Jika sebelum ini model iPhone 16GB sahaja ditawarkan melalui program Zerolution ini, Maxis kini menawarkan kedua-dua kapasiti iPhone SE iaitu 16GB dan 64GB melalui pakej pemilikan ini.
Sebanyak tiga pelan MaxisONE ditawarkan bersama-sama iPhone SE ini iaitu pelan MaxisONE 128, MaxisONE 158 dan MaxisONE 188 yang kini hadir dengan kuota internet sehingga 20GB. Baca laporan Maxis melancarkan pelan MaxisONE yang baru.
iphone se maxis
Maxis  menawarkan keempat-empat warna iaitu warna perak, kelabu, emas dan emas ros melalui program Zerolution ini.
Harga penjualan Apple iPhone SE di Malaysia bermula dari RM 1,949 bagi versi 16GB , versi 64GB pula akan ditawarkan pada harga RM 2,449.
Maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan oleh Maxis melalui program pemilikan Zerolution boleh anda ketahui di SINI
Apple iPhone SE adalah model iPhone paling murah pernah ditawarkan di Malaysia namun masih menjadi tanda tanya samada model ini akan diterima oleh pengguna di Malaysia dan Apple harus bertindak dengan segera kerana syarikat ini telah mencapai penurunan penjualan hampir 40% pada suku pertama 2016.

0 comment... add one now