Masjidil Haram kini sedia tempat khas untuk jemaah mengecas telefon


cas telefon di mekah






SEIRING dengan kemahuan semasa, Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi kini mempunyai tempat khas untuk pengguna mengecas telefon bimbit mereka. Menurut laman tempatan Saudi Gazeette, khidmat cas telefon bimbit telah dilancarkan oleh Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan jumlah sebenar tempat mengecas telefon bimbit berkenaan. Difahamkan, soket-soket khas bagi mengecas telefon itu disediakan di kawasan utama jemaah berada di merata Masjidil Haram.

Setiap pengecas boleh menampung sebanyak lapan telefon bimbit dalam satu masa dan hanya dibenarkan mengecas selama lima minit apabila masjid itu sesak.

Sementara itu, pihak Masjidil Haram tidak akan mengambil tanggungjawab sekiranya ada telefon bimbit yang hilang atau rosak.
Oleh itu, para jemaah yang mengunakan khidmat pengecas itu dinasihati berada berhampiran telefon bimbit masing-masing.

Pada Oktober tahun lalu,  Presiden Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah mengumumkan pelaksanan khidmat mengecas telefon bimbit baru itu.
Kebenaran ini bagi memudahkan para jemaah yang dijangka memuncak semasa musim bulan Ramadan.

0 comment... add one now