Lucu! Selamba TMJ jadi driver Harith Iskandar, pelawak terkenal

PELAWAK terkenal negara, Harith Iskander baru-baru ini membuat kejutan apabila menampilkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rakaman terbaru terbitan Astro, Obviously Harith Iskander.
Harith menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan selamba berceloteh dalam kenderaan yang dipandu sendiri oleh Tunku Ismail di tempat pemanduan sebelah kiri.
Hari ini saya di dalam lawatan ke Johor bersama pemandu ‘normal’ harian saya, Tunku Mahkota Johor,” ujarnya kepada penonton.

Tunku Ismail juga sesekali dilihat memandang Harith dan tersenyum mendengar celoteh pelawak itu yang teruja dibawa bersiar-siar di negeri Johor.
Rakaman video itu turut menampilkan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, yang berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut.
Video tersebut ditonton lebih 78 ribu kali di Facebook, dan memperoleh lebih 4,300 retweet.-MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now