Lucu! Gelagat tupai jalan ala gimnastik jadi viral netizen

Tupai Jalan Dengan Kaki Ke Atas

TIDAK dinafikan, tupai merupakan antara binatang yang sangat comel.

Daripada gayanya berjalan, caranya makan dan bermacam-macam gelagatnya lagi sering kali berjaya mencuri tumpuan ramai.
Baru-baru ini, satu rakaman video mengenai aksi lucu seekor tupai telah tersebar sehingga menjadi viral di Internet.
Dalam video itu, seekor tupai dirakamkan berjalan hanya dengan kedudukan kaki berada di atas persis gaya bak atlet gimnastik.
Aksi comelnya itu sekaligus berjaya mencuit hati ramai.
Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa sebenarnya tupai berkenaan tidak mempunyai kaki dan ekor sekali gus memaksanya berjalan sedemikian. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now