Luahan kecewa kakak mangsa tragis dua beradik kemalangan di Alor Gajah


Kelmarin, berita mengenai kematian dua beradik yang terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya di susur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka benar-benar memilukan hati seluruh rakyat Malaysia.
Difahamkan, menurut saksi di tempat kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan masih sedar pada ketika itu dan memerlukan rawatan secepat mungkin.
Namun kerana sifat pentingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan, pihak ambulans yang dihubungi mengalami kesulitan untuk sampai menyelamatkan mangsa.
Menerusi satu coretan di laman Facebook milik Maisalmah Shadik, yang merupakan kakak kepada kedua arwah tersebut, dia turut meluahkan rasa kecewanya berkenaan sikap segelintir pemandu yang tidak menimbang rasa sehingga mengakibat kematian.
mai3
Ya Allah lemah hati ini ya Allah…
Kehilangan mereka berdua amat dirasai sangat-sangat, ucapan terakhir masih terbayang-bayang,
Bob Arof, terima kasih sentiasa disisi kami, kucing abang bob yang dah bunting tu nanti kita cari siapa yang boleh jaga.
Permintaan abang Bob nak baju raya sedondon warna kelabu tahun ni tak mungkin lagi, kerana Itulah raya terakhir kite bersama Alam Iqbal Shadik.
keluarga2
Kak Ma sayang sangat kat Alam, Alam adalah harapan keluarga, tenanglah disana dik. Alam adik yang sangat baik dan sentiasa myenangkan hati keluarga… Terima kasih dik.
Terima kasih kepada semua yang hadir..sedara mara..rakan arwah.. Sesungguhnya aku redha ya Allah.  
Betul kata en Shariff Mohd Zulhairi, anda yang menggunakan lorong kecemasan adalah PEMBUNUH, sekiranya mereka ini ‘manusia ‘ mereka tidak akan menggunakan lorong kecemasan dan menyebab nyawa melayang.
Mungkin mereka masih dapat menyelamatkn abang dan adik saya, bukan tak redha tetapi sukar diungkap…. indahkan perkatan ‘kalau!! Kalaulah mereka menggunakan jalan yang betul.
Tolonglah ambil tindakan terhadap ‘manusia-manusia ini’ yang menggunakan lorong kecemasan, kerana mereka akan meragut lebih banyak nyawa lagi.
Saya minta ambil tindakan bukan kerana mereka adik beradik saya tapi bayangkan keluarga anda ditimpa benda sama, apa yang anda lakukan??
Banyak benda selalu tag Alam dan abang Bob tapi makin berkurang jumlah kita..Al-Fatihah.
Bertabahlah buat kakak kepada arwah Alam Iqbal Shadik dan Bob Arof Shadik, sesungguhnya, dari Dia kita datang dan kepada Dia kita akan dikembalikan.-MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now