Lihat wajah pelakon The Rings, rupa-rupanya kini seorang wanita cantik!

Pelakon Watak Seram The Ring Kini Seorang Wanita Cantik

MASIH ingat filem’The Ring’? Pasti peminat cerita seram tidak melepaskan peluang menonton filem yang diterbitkan pada 2002 itu.

Penonton filem itu pasti tidak dapat melupakan watak Samara. Watak seram itu dilakonkan oleh Daveigh Chase, sewaktu dia berusia 12 tahun.

Daveigh Chase
Sejak itu Chase banyak muncul dalam filem dan rancangan televisyen, antaranya Big Love, S. Drako dan turut menyumbangkan suara untuk animasi Disney, Lilo and Stitch.
Watak Samara yang digalasnya itu juga membolehkan Chase memenangi anugerah MTV Movie Awards pada tahun 2003.
Namun masa pantas berlalu, siapa sangka gadis itu kini sudah pun berusia 26 tahun pada Julai akan datang.
Kini setelah 14 tahun berlalu, ‘hantu’ yang dahulunya menjadi igauan ramai telah bertukar menjadi wanita cantik yang mampu ‘menggoda’ sesiapa sahaja.
Chase kini mempunyai 14 ribu pengikut di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now