Lihat wajah pelakon heroin 'Top Gun' selepas 30 tahun!


Filem Top Gun yang dihasilkan pada 1986 telah melonjakkan nama pelakon Tom Cruise dan ia turut memperkenalkan pelakon wanita, Kelly McGillis kepada ramai.
Filem itu menjadi antara filem yang terkenal pada era 80-an. Kini selepas 30 tahun, Tom masih lagi aktif di Hollywood namun Kelly sudah bersara.
Namun jika anda melihat wajah Kelly ketika ini, mungkin ramai yang tidak lagi mengenalinya.
Kelly McGillis
KELLY MCGILLIS
Apa pun ia bukan sesuatu yang mengejutkan apatah lagi Kelly sendiri sudah berusia 58 tahun.
Kelly mempunyai dua orang anak dengan bekas suaminya, Fred Tillman.
Selepas bercerai dia telah mendedahkan bahawa dirinya adalah gay dan kemudiannya mengahwini teman wanitanya, Melanie Leis.
Selepas kejayaan filem Top Gun, Kelly berlakon di samping Jodie Foster dalam filem The Accused.
Dia turut membintangi filem Shakespeare’s The Merchant of Venice dan Twelfth Night.

0 comment... add one now