Lihat perbezaan cara lelaki dan wanita ketika isi minyak kereta


Cuba anda perhatikan tabiat anda setiap kali mengisi minyak kereta. Tidak kira lah sama ada anda ni lelaki atau wanita.
Kalau ikutkan ada perbezaan cara lelaki dan wanita ketika isi minyak kereta.

4 Cara LELAKI isi minyak kereta

gas-station-moving-car-strong-1632396
1. Sampai stesen minyak matikan enjin, tarik tuil untuk buka penutup minyak.
2. Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran sambil keluarkan duit dan toleh pandang nombor pam.
3. Lepas bayar, kembali ke kereta terus ke pam, angkat nozzle, buka penutup tangki, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.
4. Lepak-lepak jap, nozzle berhenti, Simpan balik ke tempatnya, tutup tank dan bergerak.

13 Cara WANITA isi minyak kereta

tumblr_m93c7km91p1qgg4kfo1_r1_500
1. Sampai stesen minyak matikan enjin, cari purse dalam beg.
2. Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran.
3. Patah balik ke pintu besar atau terjenguk-jenguk tengok ke luar sebab terlupa tengok pam nombor berapa
4. “Oooo pam nombor 5”
5. Lepas bayar, kembali ke kereta. Buka pintu semula sebab simpan purse dulu.
6. Tutup pintu kereta semua. Bergerak nak buka penutup tangki. Opppss! Terlupa tarik tuil penutup tangki.
7. Patah balik buka pintu kereta, tarik tuil dulu. Pergi balik, tengok-tengok penutup tak terbuka lagi.
8. Silap, tadi tarik tuil nak buka bonet belakang rupanya. Pergi tutup bonet dulu. Patah balik tarik tuil tangki. Kali ni baru betul.
9. Pulas buka penutup tangki. Cari tempat nak letak tudung penutup tadi. Akhirnya letak atas bumbung. Pergi pam, angkat nozzle, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.
10. Sambil tunggu minyak diisi, terpandang cermin tingkap belakang. Boleh betulkan tudung yang sikit terpenyek. Nozzle berhenti. Angkat simpan ke tempatnya semual.
11. Nak tutup tank, terlupa penutup letak kat mana. Cari melilau.
12. “Oooo ada atas bumbung kereta rupanya”.
13. Ambil pulas sampai ketat. Tutup, masuk kereta, jalan.

0 comment... add one now