Lihat peperiksaan awam Korea seakan sama peperiksaan SPM

Untitled

Peperiksaan Awam Korea

Seperti kebanyakan negara lain, untuk memasuki university, seseorang hendaklah menduduki peperiksaan awam kelayakan masuk ke universiti. Sekiranya di Malaysia kita mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Korea mereka menduduki 수능, suneung ataupun College Scholastic Ability Test (CSAT). 
Peperiksaan ini diambil oleh mereka yang berada pada tahun ke-3 sekolah tinggi ataupun mereka yang tidak lulus peperiksaan ini sebelumnya. Disebabkan syarat utama untuk masuk ke universiti adalah dengan lulus peperiksaan ini, mereka yang gagal ramai mengulangi peperiksaan ini dan memasuki universiti sama dengan pelajar lain yang lebih muda daripada mereka.
수능대박컨디션3
“Orang Korea berfikiran bahawa peperiksaan ini menentukan universiti, pekerjaan dan masa depan mereka”
Sama juga seperti SPM, mereka dengan keputusan yang baik akan menerima tajaan serta tawaran daripada universiti-universiti terkemuka. Antara 3 buah universiti terkemuka di Korea adalah Seoul National University, Korea University dan Yonsei University. 
Syarikat-syarikat besar di Korea banyak mengambil graduan-graduan daripada universiti-universiti ini dan ini merupakan antara sebab mengapa orang Korea sangat memandang tinggi terhadap penuntut penuntut di universiti tersebut. Dalam kalangan pelajar Korea, mereka menggelar 3 buah universiti ini sebagai SKY University.
Walaupun mengikut senarai ranking universiti terbaru, universiti universiti seperti Sungkyunkwan University dan Sogang University sudah melonjak ke tangga atas, mereka masih lagi memandang tinggi terhadap SKY University. Malah terdapat juga mereka yang sanggup masuk ke universiti lambat dengan menghabiskan masa mengulangi peperiksaan ini semata mata untuk memasuki ke 3 buah universiti tersebut.
SKY_universities-korea
“Hari peperiksaan suneungadalah antara hari yang paling sunyi dan hari yang paling riuh di Korea”
Boleh dikatakan hari peperiksaan suneung adalah antara hari yang paling sunyi dan juga hari yang paling riuh. Mengapa demikian? Di siang hari ketika peperiksaan dijalankan, untuk memberikan pelajar fokus dengan peperiksaan, sebarang kenderaan udara tidak dibenarkan untuk beroperasi.
Kerja kerja membaiki jalan atau bangunan juga tidak dilakukan pada hari kejadian. Bagi ibubapa pula, mereka akan pergi ke tokong tokong atau gereja gereja dan mendoakan kejayaan untuk anak anak mereka
Tidak seperti SPM yang mengambil masa selama 1-2 bulan, peperiksaan di Korea ini hanya mengambil masa satu hari bermakna para pelajar mengambil peperiksaan kesemua subjek dalam masa satu hari. Tamat dengan kisah sunyi mereka, mari kita lihat dimanakah keriuhan pada hari peperiksaan ini. Pelajar pelajar di Korea hanya mengambil masa tidak lebih daripada 9 jam untuk menjawab peperiksaan yang sudah mereka persiapkan semenjak sekolah rendah lagi. 
Ini bermakna 9 jam tempoh perperiksaan tersebut adalah untuk menguji pembelajaran mereka selama lebih sepuluh tahun. Selepas tamat sahaja peperiksaan ini, sebahagian daripada mereka berasa bebanan yang dipikul selama ini sudah teralih dan mengambil kesempatan untuk berhibur bersama rakan rakan yang lain. Mereka memenuhi pusat pusat karaoke,arcade dan pelbagai tempat lain lagi. 
Bagi orang orang dewasa disini, mereka memahami perasaan para pelajar ini dan juga merasai penderitaan serta tekanan yang mereka alami selama ini, jadi sekali sekala melepaskan perasaan dan tekanan melalui cara tersebut sudah menjadi budaya dalam kalangan remaja dan sudah menjadi perkara biasa disini.
untitled
Penggendalian sistem peperiksaan ini perlu diubah sekiranya dilihat terus meningkatkan kadar tekanan yang diterima para pelajar Korea. Ataupun mungkin para pelajar di Korea ini dilatih untuk membiasakan diri dengan tekanan supaya dapat membiasakan diri dengan pelbagai situasi mendatang? Terdapat banyak maksud tersirat disebalik perkara yang dijalankan di Korea ini dan mungkin system peperiksaan ini adalah antara salah satu daripadanya? 
Walaubagaimanapun, dengan sistem peperiksaan ini, negara Korea tersenarai antara negara yang mempunyai peringkat pendidikan yang terbaik di dunia dan mungkin Malaysia boleh mencontohi beberapa budaya yang baik untuk diterapkan dalam proses pembangunan masyarakat dan negara bagi merealisasikan Wawasan 2020. InsyaAllah.

0 comment... add one now