Lara Alana kanak-kanak pertama Malaysia ada program realiti sendiri


Punya followers di Instagram mencecah 1.8juta, anak kepada pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana nampaknya merupakan anak selebriti paling popular di Malaysia. 



Masakan tidak, telatahnya seperti yang dirakam Awal membuatkan ramai orang cair. Jadi, tak hairanlah Lara bakal punya program realiti sendiri di Astro Ria bermula Ogos ini. Ini menjadikan Lara kanak-kanak pertama di Malaysia yang ada program realiti sendiri. Wah!

“Working title program ini adalah Lara Alana Show. Ia 100 peratus memaparkan kehidupan harian Lara. Selain itu, saya dan suami akan berkongsi bagaimana membesarkannya.

“Kami juga menyelitkan beberapa panduan dan informasi berguna untuk ibu bapa berkenaan penjagaan anak. Pendek kata, program ini bukan sekadar hiburan,” katanya.

Inilah peluang peminat Lara boleh menyaksikan sendiri telatah Lara dengan lebih dekat. 

“Saya sedar Lara ada peminat dan penggemar tersendiri. Ia boleh dilihat di laman Instagram miliknya. Jadi, dengan adanya program ini nanti peminat Lara yang tidak ada akaun Instagram boleh menyaksikannya di kaca TV.

“Banyak perkara yang akan dikongsi. Kiranya, tidak perlu lagi nak bergaduh sesama sendiri di ruangan komen,” katanya.

“Program ini memaparkan aktiviti seharian Lara seperti ke sekolah, bermain dan bercuti. Kami juga sekali lagi akan ke Jepun bagi meninjau tadika terbesar di sana.

“Memandangkan dia masih kecil, jadi ia mengambil sedikit masa. Penggambaran bergantung kepada ‘mood’ Lara,” katanya.

0 comment... add one now