Langkah mudah buat resepi murtabak maggi yang sedap

Dengan ketibaan bulan Ramadhan tak lama lagi, kemungkinan jatuh pada 6 bulan Jun ini, orang muslim tak akan lepas dengan juadah pilihan untuk berbuka puasa sama ada beli di bazaar atau pun masak sendiri. Tapi, apa yang ingin saya kongsikan berkenaan makanan pilihan setiap kali Ramadhan tiba. Sebagai contohnya makanan paling popular iaitu murtabak. Dalam ini saya share kan resepi mudah buat murtabak maggi ala-ala bujang jimat dan murah.
Bahan-Bahan
Perkara pertama ialah sediakan bahan-bahan.
Maggi atau apa-apa sahaja jenama mee segera
+ Bawang 2 biji (potong halus)
+ Telur 2 biji
+ Lada Merah (potong nipis)
+ Garam & Gula secukup rasa
toskan-maggi
Rebuskan maggi atau buat apa sahaja cara agar maggi tersebut boleh jadi lembut agar senang untuk dimasak nanti.
kacau-belaka
Ketika kita hendak menunggu maggi lembut, dalam masa yang sama kita boleh gaulkan perencah maggi dan telur bersama bahan seperti bawang, lada merah, gula dan garam agar sebati. Ketika ini, anda boleh masukkan daging atau sosej, papadom atau apa sahaja bahan yang boleh buat murtabak anda semakin gemok.
campor
Sekejap masa sebenarnya untuk buat murtabak maggi ini. Selesai pukul-pukul telur dengan bahan lain, kita toskan maggi terlebih dahulu dan gaulkan sekali maggi tersebut bersama dengan telur tadi. Perut dah berbunyi nampaknya.
panaskan-minyak
Ketika anda sedang ralit menggaulkan maggi dan bahan-bahan (potong maggi pendek-pendek, jika anda mahu), bolehlah panaskan minyak. Jaga-jaga, minyak biarlah dalam kuantiti sedikit. 
tepek-bagi-masak
Bila minyak sudah panas, apa lagi, terus goreng maggi yang sudah serasi dengan bahan tadi.Cewah, serasi gittew. Satu paket maggi boleh hasilkan 2 atau 3 keping murtabak kebiasaannya – juga bergantung kepada saiz.
siap
Itu dia, sudah siap murtabak maggi anda. Senang sahaja bukan? Membuat masakan semudah ini membuatkan anda rasa sudah capai satu kejayaan besar. Boleh makan dengan sos atau makan begitu sahaja pun sedap. 
Sumber: Dapur Bujang

0 comment... add one now