Kuda 'Akhel-Teke' baka paling tercantik di dunia


kuda emas tercantik didunia


Assalamualaikum....
Sebelum ni saya pernah share tentang baka kuda ini yang dikaitkan milik kuda perang Rasulullah..tapi kesahihan masih jadi tanda tanya...saya pun pernah kongsi 10 baka kuda paling cantik di dunia.
Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan, di mana ia merupakan lambang negara. Ia terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang 'berkilat', dan oleh itu dikenali dengan jolokan "Kuda Emas". Dikatakan baka kuda ini paling tercantik di dunia.
Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka tertua yang masih wujud. Kini terdapat sekitar 6,600 ekor kuda Akhal-Teke di dunia, terutama sekali di Turkmenistan dan Rusia, bahkan juga di seluruh Eropah dan Amerika Utara.
Terdapat beberapa teori mengenai akar-umbi keturunan Akhal-Teke yang menjangkau beribu-ribu tahun dahulu. Puak-puak asal Turkmenistan memilih biak baka kuda, mencatatkan pedigri mereka secara lisan dan menggunakan kuda tersebut untuk menyerbu. 
Baka Akhal-Teke pernah digunakan dalam pertempuran melawan Empayar Rusia yang berakhir dengan kekalahan, lalu digolongkan ke dalam Empayar tersebut sekali dengan negaranya. Kuda Akhal-Teke telah mempengaruhi banyak baka lain, termasuk beberapa baka Rusia. 
Juga terdapat sedikit sebanyak pembiakbakaan kacuk dengan Belima untuk melahirkan kuda lumba yang pantas dan mampu berlari jauh, tetapi kurangnya kelasakan Akhal-Teke asli.

Sumber - wikipedia 

0 comment... add one now