Kucing Siam 'Scooter' paling tua dunia disahkan mati ketika berusia 30 tahun

Kucing paling tua di dunia mati


Kucing Siam yang dinobatkan sebagai kucing paling tua di dunia oleh Guinness Book of  Record disahkan mati ketika berusia 30 tahun.
Pemiliknya, Gail Floyd Mansfield, Texas, berkata, kucing yang dinamakan sebagai Scooter menyambung ulang tahun ke 30 pada 26 Mac lalu disahkan mati selepas Guinness mengesahkan gelarannya pada 8 April lalu.
Doktor haiwan tempatan, Tricia Latimer berkata, kucing tersebut hidup bersamaan kira-kira 136 tahun usia manusia.
Gail berkata, haiwan peliharaannya itu hidup lama kerana kekal aktif dan sentiasa sibuk melancong.
Malah Scooter telah melawat 45 daripada 50 negeri di Amerika.
Antara aktiviti kesukaan Scooter termasuklah mengeringkan bulu selepas mandi dan makan snek ayam setiap hari.
"Scooter akan bangun seawal jam 6.00 pagi "bercakap" dan bermain serta kebiasaannya akan menunggunya di depan pintu setiap kali dia pulang ke rumah," katanya dipetik BBC Newsbeat.
Scooter bukan satu satunya  kucing yang pernah disenaraikan sebagai kucing paling tua di dunia oleh Guinness World Record.
Sebelum ini seekor kucing Texan hidup kira kira 38 tahun.

0 comment... add one now