Kucing nama 'Scooter' dinobat kucing paling tua di dunia


Scooter 30 Tahun, Kucing Paling Tua Di Dunia









SEEKOR kucing dari Amerika Syarikat (AS) merangkul takhta sebagai kucing paling tua di dunia serta memecah rekod Guinness selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada 26 Mac lalu.

Kucing yang diberi nama Scooter itu adalah dari baka Siam berasal dari Mansfield, Texas, AS. Gelaran yang disandang oleh Scooter sebelum ini dimiliki oleh Corduroy, 26 tahun; jenisMaine Coon dari Oregon.
Scooter 30 Tahun, Kucing Paling Tua Di Dunia
Corduroy
Menurut pemiliknya, Gail Floyd kepada pihak Guinness World Records, rahsia Scooter memiliki umur yang panjang ialah kerana sifatnya yang lincah dan aktif.
Tambah Floyd lagi, Scooter gemar melancong dan telah mengunjungi 45 daripada 50 negeri yang terdapat di Amerika Syarikat.

“Scooter suka melihat tempat baru dan berkenalan dengan orang baru,” kata Floyd. Selain hidup yang aktif, Floyd turut menjaga kebersihan dan pemakanannya. Scooter tidak seperti kucing lain yang takutkan air, ia gemar apabila bulunya dikeringkan selepas mandi dan ayam adalah makanan kegemarannya.

Selain Scooter dan Corduroy, terdapat beberapa lagi kucing pernah mendapat gelaran kucing paling tua di dunia antaranya Creampuff juga berasal dari Texas, namun mati pada tahun 2005 pada usia 38 tahun 3 hari. -MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now