Kronologi tragedi helikopter RCP2868 bawa 6 VIP di Sarawak

Kronologi tragedi helikopter RCP2868 di Sarawak!
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Berikut adalah kronologi nahas helikopter RCP2868 yang membabitkan enam orang kenamaan di Kuching, Sarawak, 5 Mei 2016 lalu.
Mangsa yang terkorban adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, manakala suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad masih dicari.
KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER RCP2868 DI SARAWAK

Selain Noriah, turut menaiki pesawat malang itu adalah Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.
KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER RCP2868 DI SARAWAK
5 Mei 2016
  • 01.12 pm -Helikopter jenis Eurocopter AS350 – RCP2868 berlepas dari Stadium Spaoh ke Kuching, Sarawak.
  • 04.32 pm – Helikopter berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
  • 09.30 pm – Blik gerakan operasi bomba diaktifkan sepenuhnya. Anggota penyelamat Simunjan kemudiannya tiba di daerah Sebuyau untuk membuat pemantauan dan melaporkan orang awam tidak melihat helikopter di kawasan berkenaan.
  • 10.15 pm – PGO Sarawak memhubungi menara kawalan DCA dan dimaklumkan bahawa maklumat yang menyatakan bahawa helikoter berkenaan mendarat cemas di Sri Aman adalah tidak benar.
  • 11.30 pm – Mesyuarat penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) antara agensi diadakan di Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Kuching.
6 Mei 2015
  • 12.15 am – Mesyuarat penyelaran SAR udara antara agensi diadakan di DCA.
  • 01.18 am – Ketua Zon 3 seterusnya melaporkan berdasarkan maklumat orang awam yang terlihat kerlipan lampu dipercayai helikopter berkenaan di Sungai Batang Lupar.
  • 06.00 am – Anggota bersama sebuah bot dengan sebuah ambulans EMRS digerakkan ke lokasi. Agensi Penguatkuasaan Maritim Kuching menggerakkan 3 aset bagi operasi pencarian helikopter dengan dua bot maritim memulakan SAR.
  • 08.00 am – Pasukan Bomba dan Penyelamat menggerakkan 3 bot untuk operasi mencari helikoter itu di sepanjang Sungai Batang Lupar sehingga ke Lingga dengan jarak pencarian sejauh 10km.
  • 09.30 am – Bomba menemui serpihan yang dipercayai milik pesawat termasuk dinding. kerusi dan kipas helikopter di Sungai Batang Lupar.
  • 12.00 pm – Mangsa pertama wanita ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan serpihan di Sungai Batang Lupar berhampiran Pulau Suduku.
  • 01.04 pm – Mayat pertama wanita tiba di Jeti Feri Triso Sebuyau.
  • 03.00 pm – Kawasan pencarian seterusnya dikecilkan dari Kampung Sungai Merah, Sebuyau hingga ke Lingga.
  • Mayat pertama wanita itu kemudiannya diterbangkan dari kawasan tragedi Sebuyau ke IPK Sarawak sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
  • Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuditi, Abidin Supardi kemudiannya mengesahkan mayat pertama mangsa nahas helikopter adalah yang dijumpai adalah Datuk Noriah Kasnon.
  • 09.15 pm – Jenazah Allahyarham Noriah diterbangkan ke pangkalan Tentera Udara Subang selepas disembahyangkan di Surau Aljahira, TUDM Kuching.
  • 11.32 pm – Pesawat selamat tiba di TUDM Subang. Jenazah kemudiannya dibawah ke Masjid Ar Rahmah, Batu 12 Sungai Buron, Tanjung Karang dan disambut ahli keluarga dan orang ramai untuk disembahyangkan sebelum di kebumikan.
7 Mei 2016
  • 02.00 am – Jenazah Allahyarham Datuk Noriah Kasnon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Sungai Burong.
  • 08.31 am – Mayat kedua mangsa nahas dijumpai.
  • 09.30 am – Mayat lelaki yang ditemui pagi tadi diterbangkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching menggunakan helikopter tentera.
  • 10.50 am – Pasukan bomba menaikkan kerusi helikopter ke jeti.
  • 11.00 am – Kawasan pencarian baki mangsa dan serpihan helikopter terhempas di Sungai Batang Lupar dikecilkan dari Lingga ke Pulau Seduku dengan jarak radius 7 kilometer. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya percaya helikopter itu terhempas di kawasan berkenaan berdasarkan penemuan satu lagi mayat pagi tadi.
….. akan menyusul….
Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang semalam.
Jasadnya ditemui di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari semalam. Kemudian pada pagi ini lebih kurang jam 8.30 pagi, mangsa kedua sudah ditemui namun masih belum disahkan identitinya.
Nasib mangsa nahas helikopter yang lain bagaimanapun setakat ini belum diketahui. Usaha mencari dan menyelamat masih giat dilakukan. Sama-sama kita doakan agar pihak penyelamat berjaya menemui mereka semua. Insya Allah.

0 comment... add one now