Kisah hidayah Abang Long Fadil dan Raja Mafia Al Capone yang mati katak!

Abang Long Fadil

Al Capone Raja Mafia paling berjaya dalam kegiatan jenayah terancang. Lelaki berdarah Itali ini menikmati kehidupan seperti superstar pada zaman kegemilangan gengster New York.
Al Capone, dianggap bapa segala mafia. Ada dua sebab menjadikan dirinya digeruni. Pertama kerana dia secara terbuka menampilkan diri sebagai ketua gambino. Kedua, walaupun mendedahkan diri, Pendakwa Raya New York sukar menyeretnya ke mahkamah.
Dunia Al Capone melalui wataj Al Carleone digarap secara berseni oleh Francis Ford Capolla melalui filem The God Father. Master piece yang dirujuk sebagai katalog seni bagi memahami dunia balik tabir gerakan mafia oleh peminat filem moden.
Trilogi The God Father digilai hingga hari ini serta membawa budaya kebanjiran penghasilan filem-filem gengster pelbagai rupa selama tiga dekad di pawagam seluruh dunia.
Saat kematian Al Carleone di atas kerusi cabuk di tepi jalan berhabuk dengan ditemani seekor anjing tua sangat menyentuh perasaan. Seorang samseng terbilang, akhirnya mati tersadai di kawasan miskin dengan cara sangat terhina.
Kejahatan berkait dengan naluri manusia. Mengenai libido yang mahukan kepuasan melalui cara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Kejahatan melahirkan penyangak. Apabila penyangak bergaul sesama penyangak, maka wujudlah gengster.
TV Al Hijrah turut menyentuh isu gengster. Namun dalam medium dan persona yang tersendiri, sesuai dengan imejnya sebagai stesyen TV yang memimpin aturan isu berdasarkan perspektif Islam.
Gengster yang dibawa ke kaca TV Al Hijrah ialah kisah Abang Long Fadil: Seorang samseng antara yang paling samseng di Singapura.
Abang Long Fadil mula merengkok di penjara pada usia 12 tahun. Dikurung kerana kesalahan menyerang dan mencederakan seorang remaja dengan menggunakan sebatang kayu.
Pada usia 12 tahun juga, Abang Long Fadil mencacah tatu pertama di tubuhnya. Akhirnya, seiring dengan sejarah gengsternya selama 15 tahun, tubuhnya dipenuhi tatu hingga merayap ke leher dan muka.
Anak Melayu Singapura ini bergelumang dalam keganasan. Malah, hampir mati apabila dibelasah dengan kayu dan parang oleh lapan musuhnya. Tubuhnya patah-riuk dan luka parah. Namun insiden itu tidak mengubah jalan hidupnya.
Kalau ambang maut pun tidak mampu menginsafkan seorang gengster, maka apa yang mengubah seorang jalan hidup lelaki berusia 29 tahun ini? Kalau berdepan dengan maut setelah dibelasah setengah mati pun, Abang Long Fadil masih berkeras hati, apakah detik ajaib yang mampu mengubah hidup lelaki samseng ini?
Jawapannya mudah. Abang Long Fadil diubah oleh hidayah Allah melalui mimpi. Hanya melalui mimpi lelaki samseng ini akhirnya tunduk pada keEsaan Allah.
“Saya mimpi digulung ombak besar lalu tersadai di pantai sendirian. Saya yakin ombak itu tanda kiamat. Sebulan selepas mimpi itu saya takut keluar rumah kerana bimbang dunia akan kiamat,” kata Abang Long Fadil.
Untuk menyaksikan secara terperinci kisah hidayah gengster paling gengster ini, saksikan program #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah pada Khamis 10 malam.
Isi hati dan warna-warni perjalanan mencari cinta Allah serta sejarah hitam dunia ganas Abang Long Fadil diceritakan secara empat mata kepada Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Izelan Basar. – mynewshub.cc

0 comment... add one now