Kini Apple iPhone SE tawarkan melalui pembelian UMicro Credit

iphone se micro credit umobile
Apple iPhone SE telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia sejak hari Jumaat yang lalu dan jika anda tidak bercadang untuk membelinya secara tunai, banyak syarikat telekomunikasi telah mengumumkan penawaran telefon pintar ini bersama-sama pelan pascabayar.
Jika anda ingin membeli dengan pembayaran secara ansuran, UMobile kini menawarkan Apple iPhone SE ini melalui pembelian UMicro Credit.
Pembelian melalui UMicro Credit ini membolehkan anda memiliki Apple iPhone SE ini tanpa perlu mengeluarkan wang pendahuluan yang banyak.
Dengan pembelian melalui UMicro Credit ini, pelanggan boleh memilih untuk melanggan pelan prabayar atau pascabayar dengan kontrak yang ditawarkan selama 12 bulan atau 24 bulan.
Sebanyak 4 pelan prabayar dan pascabayar di tawarkan iaitu pelan i40, i60, i90 dan i130.
Pelan prabayar adan pascabayar yang ditawarkan oleh UMobile ini adalah sama kecuali pelan prabayar yang ditawarkan iPhone SE ini hadir dengan tempoh sah 30 hari.
Jika anda bercadang untuk membeli tanpa pembiayaan UMicro Credit, anda dikehendaki mengeluarkan bayaran pendahuluan dengan pendahuluan bermula serendah RM 240. Harga iPhone SE bagi pembelian secara tunai ini pula ditawarkan serendah RM 705.
Apple iPhone SE yang ditawarkan di Malaysia ini hadir didalam 4 warna dan didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dab 64GB.
Apple iPhone SE (pelan prabayar)
apple-iphone-se-prepaid-plan-umobile-microcredit
iPhone SE ( pelan pascabayar)
apple-iphone-se-postpaid-plan-umobile-microcreditmaklumat lanjut di UMobile iPhone SE
*tekan pada gambar untuk paparan maklumat pelan yang lebih besar

0 comment... add one now