Khemah 'flying tent' pelbagai guna pertama di dunia


Khemah terbang? Oh ya, anda jangan salah sangka yang khemah ini boleh terbang macam karpet terbang dalam cerita Aladdin pula. Ok, sekarang jom kita lihat apa yang istimewa sangat tentang khemah terbang ini.
Khemah terbang atau lebih mesra dipanggil Flying Tent merupakan khemah pelbagai guna pertama di dunia. Dilengkapi dengan pelbagai fungsi, ia memudahkan aktiviti perkhemahan anda. Yang paling penting, ia seronok dan mudah dibawa kemana-mana.

Khemah ini boleh dijadikan buai, khemah buai dan baju hujan. Memang wow! Kalau anda jenis gemar aktiviti outdoors  ini senjata terbaik untuk anda. Seberat 1.2 kg, khemah terbang ini boleh dilipat menjadi kecil supaya mudah disimpan didalam beg. Anda tak perlu bawa banyak peralatan lagi. Cukup hanya sebuah Khemah ajaib ini.
Gantung di pokok atau biarkan sahaja bertapak dibawah tanah, ini khemah paling cool pernah dicipta setakat ini.
Maklumat lanjut: Flying Tent
© Flying Tent
© Flying Tent
© Flying Tent
© Flying Tent
© Flying Tent
© Flying Tent

0 comment... add one now