Ketahui proses nak beli rumah subsale (terpakai)

Infografik mudah untuk anda tahu langkah-langkah dan proses nak beli rumah subsale bagi mereka yang baru saja nak mula berjinak jinak beli rumah terpakai atau ‘second hand’ atau ‘subsale’. Harap membantu anda.
Proses Beli Rumah Terpakai (Subsale)
Bagi anda yang newbie ini adalah langkah mudah yang perlu anda tahu
Survey Rumah Yang Anda Nak Beli
Tetapkan 'Harga Rumah' dengan Penjual. Dapatkan penilaian rumah tersebut.
Buat Perjanjian Jual Beli atau (Sales & Purchase Agreement)
Survey dan Buat Permohonan Pembiayaan Rumah dengan Bank
Permohonan Berjaya dan Bank Anda akan membuat pembayaran kepada Bank Penjual melalui peguam bank anda. (Disbursement)
Proses pembelian selesai, Apabila anda telah mula membayar ansuran bulanan rumah anda dan mendapat kunci daripada penjual
2 Cara Buat Penilaian Rumah 1.Melalui Bank Pilihan Anda 2.Penilai hartanah bebas
Lantik Lawyer untuk buat Perjanjian Jual Beli ini. Boleh lihat carta Proprtyes sebelum ini untuk tahu yuran guaman yang bakal dikenakan.
Jika penjual masih berhutang dengan Bank 1st Disbursement akan di bayar kepada Bank Penjual 2nd Disbursement akan di bayar kepada penjual
Selepas penjual mendapat 2nd Disbursement daripada bank pembiayaan rumah anda, Penjual ada masa 7 hari untuk memberikan kunci kepada anda, jika lambat penjual boleh dikenakan yuran penalti.
Cara Nak Mohon Pembiayaan Rumah Anda
Mohon sekurang-kurangnya lebih daripada 3 buah bank
Bank hanya akan berikan anda maksimum 90% pembiayaan daripada harga sebenar rumah anda
Sediakan dokumen lengkap, seperti:- Slip gaji 3 bulan, Penyata Bank 3 Bulan, Borang EA, Penyata KWSP, Borang Permohanan Biaya Rumah dengan Bank
Jika permohonan berjaya, Bank akan memberikan surat tawaran atau Letter of Offer (LO)
Jika setuju dengan Terma dan Syarat bank (-BLR dan Bayaran Ansuran Bulanan yang dikenakan), Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement) akan dikeluarkan.
Apa itu Kadar Pinjaman Asas atau BLR?
BLR seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara:- 6.6% BLR ditawarkan oleh Bank:- BLR-2.4% Faedah Sebenar untuk Pinjaman Rumah anda:- 6.6% – 2.4% = 4.2%
Di Malaysia, BLR tertinggi yang direkodkan ialah 12.27% pada tahun 1998, manakala yang terendah ialah 5.55% pada tahun 2009.
Fakta BLR
Anda digalakkan berunding dan mendapatkan BLR diskaun daripada bank anda serendah yang boleh > supaya bayaran ansuran bulanan rendah
Fakta BLR
Proprtyes.com Sumber Informasi Hartanah No.1 Malaysia Sumber: Proprtyes.com, Imoney.my

0 comment... add one now