Ketahui apa kelebihan mulakan bisnes aiskrim secara part-time

Perkongsian ini mengenai bagaimana anda mahu jana pendapatan RM5000 sebulan dengan hanya buat bisnes aiskrim secara part-time di hujung minggu?
Anda mesti tidak percaya dengan kenyataan ini. Tetapi inilah realitinya bagi orang yang menjalankan bisnes aiskrim. Mudah bukan? Tapi, tahukah anda cara bagaimana hendak mulakannya? Cuba anda lihat Cara mulakan bisnes aiskrim bagi pemula.
Cuba kita imbas kembali masa zaman kanak-kanak kita, setiap petang mesti kita tunggu uncle jual aiskrim yang bawa motosikal. Dengan cuaca yang panas dan kita penat bermain, pastinya dengan sepotong aiskrim melegakan dan menggembirakan kita. Lebih-lebih lagi kita makan aiskrim beramai-ramai dengan kawan-kawan kita.
Pernah kita terpikir tak macam mana pendapatan uncle yang jual aiskrim itu? Pernah ke kita nampak bila uncle itu berhentikan motosikal dia tiada kanak-kanak yang membeli? Tidak pernah bukan. Malah orang dewasa pun turut tak lepaskan peluang beli aiskrim dengan uncle tu!
Mudah bukan uncle itu buat bisnes aiskrim? Pusing-pusing satu taman, ada je yang akan tahan uncle itu untuk beli aiskrim. Lebih-lebih lagi waktu panas.
Itu zaman kanak-kanak kita. Tapi sebenarnya tak banyak beza pun sekarang. Kita masih juga cari uncle yang bawa motosikal jual aiskrim di taman permainan, tempat riadah malah di masjid juga.
Nampak macam mudah tetapi macam mana nak mula?

PANDUAN BISNES AISKRIM

Sebelum nak mulakan bisnes ini, anda perlu kenal pasti asas kepada bisnes ini. Bukan semata-mata tengok kepada keuntungan yang bakal dijana tetapi ambil tahu tentang kebaikan dan kekurangan bisnes ini.
Kebaikan:
  • Modal runcit yang tidak membebankan.
  • Tak perlu kepakaran sampai tahap MasterChef atau tak perlu kepakaran langsung.
  • Resepi aiskrim mudah dicari. Google je resepi aiskrim pasti ada.Sekarang pun tengah viral di Facebook bermacam-macam jenis resepi aiskrim.
  • Bisnes aiskrim ini tak kira musim. Cuaca panas atau sejuk ada je orang yang akan beli. Kelebihan buat bisnes ni di negara yang panas sepanjang tahun memang tidak dapat disangkal.
Kelemahan:
  • Wajib ada freezer, paling kurang pun peti ais yang ada ruang freezer. Logiknya, nak jual aiskrim kena la aiskrim yang sejuk dan beku, bukan yang cair.
  • Wajib ada tong aiskrim. Yang ini tahan lama dan murah je sebenarnya tetapi untuk pemulaan yang tiada modal sangat boleh la guna yang polistiren tu. Kalau guna yang ini kena pastikan aiskrim dijual dengan pantas sebelum cair.
  • Mesin aiskrim. Mesin ini perlu modal lebih sedikit. Mesin ini bergantung kepada jenis bisnes aiskrim. Kalau nak buat bisnes aiskrim Malaysia yang harga 50 sen tu tak perlu pun mesin ni. Kalau nak cari mesin ini boleh cari di Lazada sebab murah dan ada diskaun setiap masa jadi menjimatkan.
  • Stall aiskrim. Kalau anda nak buat bisnes aiskrim dengan buka stall modal anda kena banyak sedikit. Tapi kalau anda pandai boleh dapat yang harga berpatutan.
Sekiranya anda memerlukan panduan yang lengkap mengenai bisnes aiskrim ini terutamanya dari segi persediaan asas, resepi rahsia aiskrim, rahsia pemprosesan aiskrim, pemasaran, pengurusan dan operasi, anda boleh mendapatkannya dalam ebook ini: 

Anda boleh klik ebook di bawah itu...


Dari ebook anda akan fahami lebih lanjut mengenai cara hendak mulakan bisnes aiskrim yang sangat popular masa kini.

0 comment... add one now