Ketahui 7 rahsia fitnah Al-Masih Dajjal di muka bumi ini!

Firman Allah s.w.t:
“maka apalagi yang mereka tunggu-tunggu selain hari kiamat,yang akan datang kepada mereka secara tiba-tiba kerana tanda-tandanya sungguh telah datang.Maka apa gunanya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila (hari kiamat) itu datang?” (Muhammad:18)
Hari kiamat merupakan salah satu rukun iman yang wajib dijunjung erat oleh seseorang muslim.Hari kiamat juga merupakan titik noktah yang terakhir bagi setiap makhluk yang bernyawa di seluruh alam semesta.Tidak ada satu makhluk pun dapat meloloskan dari hakikat hari kiamat.
Tanda-tanda kiamat
Tanda-tanda kecil(sughra)
*Pengutusan Rasulullah SAW sebagai pesuruh Allah yang terakhir.
*Terbelahnya bulan yang merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.
*Kewafatan Nabi Muhammad SAW.
*Meninggalnya Umar bin Khattab r.a.
*Terjadinya perang saudara sesama agama.
“Kiamat tidak akan terjadi kecuali setelah dua kelompok besar saling berperang,padahal anutan dua kelompok tersebut sama” (Hadis Riwayat Bukhari)
*Banyak bencana alam.
Tanda-tanda sederhana(wustha)
*Terjadi banyak fitnah.
*Banyak terjadi pembunuhan yang dilakukan oleh orang-orang terdekat iaitu sesama ahli keluarga,jiran tetangga dan seumpamanya.
“Menjelang kiamat akan terjadi pemberian salam kepada orang-orang tertentu,merebaknya perdagangan,wanita membantu suaminya dalam berdagang,pemutusan tali silaturahim,munculnya saksi palsu,menyembunyikan saksi yang benar dan munculnya pena(banyak tulisan atau buku)” (Hadis Riwayat Ahmad).
*Hamba-hamba wanita melahirkan tuannya.
*Umat islam bermegah-megahan dan berbangga-bangga dengan masjid.
*Ramai umat berlumba-lumba membangunkan bangunan-bangunan yang tinggi.
*Hilangnya amanah.
*Banyak orang islam meniru gaya orang kafir.
“Diantara tanda-tanda kiamat adalah meninggal secara mendadak”(Hadis Riwayat Thabrani)
“Kiamat tidak akan terjadi hingga muncul pelbagai fitnah,banyak kebohongan dan pasar berdekatan”(Hadis Riwayat Ahmad)
*Banyak ulama memperdagangkan agama.
“Di antara tanda-tanda kiamat adalah banyaknya khatib yang naik ke mimbar-mimbar kalian dan para ulama condong kepada pemimpin kalian,mereka menghalalkan yang haram dan mereka mengharamkan yang halal,serta memberikan fatwa dengan apa yang mereka sukai”(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Tanda-tanda besar(kubro)
*Munculnya Al-Mahdi dari keturunan Nabi Muhammad SAW untuk umat islam.
“Al-Mahdi berasal dari salasilah keturunanku dari garis keturunan Fatimah”(Hadis Riwayat Abu Dawud,Ibnu Majah dan Hakim”.
*Pembunuhan beramai-ramai dan penaklukan Istanbul(Konstatinopel).
*Munculnya Dajjal dari arah timur (sebahagian mengatakan dari khurasan)
*Turunnya Nabi Isa bin Maryam a.s. yang akan membunuh dajjal.
*Keluarnya suatu kaum yang digelar Yakjuj dan Makjuj.Mereka sangat kuat dan kafir.
*Terbitnya matahari dari arah barat.
*Munculnya makhluk bernama Ad-Dabbah yang menjalankan tugas untuk membezakan antara orang mukmin dan kafir.
*Ketika Al-Quran tidak diamalkan.
“Kiamat tdak akan terjadi sebelum Kaabah tidak lagi dikunjungi oleh ornag untuk menunaikan haji”(Hadis Riwayat Hakim dan Abu Ya’la)
*Terjadi 3 gerhana,satu di timur,satu di barat dan satu di jazirah Arab.
*Terjadi angin lembut merangut nyawa orang-orang beriman.
*Keluarnya api dari tanah dan di daerah Yaman,yang akan mengiring manusia ke Padang Mahsyar
Tanda-tanda Al-masih Dajjal
Di antara tanda-tanda besar sebelum datangnya kiamat,yang paling ditakuti oleh manusia adalah kemunculan Dajjal.Hal tersebut,sehinggakan Rasulullah SAW bersabda :
“Sejak perciptaan Nabi Adam a.s. sehingga hari kiamat,tidak ada cubaan yang lebih besar daripada Dajjal”(Hadis Riwayat Muslim)
Allah memberikan kekuatan luar biasa kepada Dajjal untuk menyesatkan manusia yang tipis imannya.Fitnah Dajjal adalah yang terbesar dalam sejarah.Kemampuan Dajjal yang luar biasa di antaranya:
1.    Membawa syurga dan neraka.
2.    Membawa air dan api.
“Dia membawa air dan api.Apinya adalah air dan airnya adalah api”(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3.    Membawa dua sungai yang mengalir
4.    Mampu berjalan dengan sangat cepat.
5.    Membawa bukit roti dan daging.
6.    Dapat berteriak dengan sangat kuat dan didengari dari barat hingga ke timur.
7.    Dapat melebihi kedalaman lautan.
8.    Mampu menghidupkan orang yang mati dan menahan matahari.
Manusia-manusia sesat dan para pengikut Dajjal sudah mempersiapkan kedatangan makhluk yang paling sesat dan paling ingkar.Ia dapat dilihat dari para golongan Zionis Yahudi yang kemudian mengambil pengikut dari golongan kafir dan sebahagian muslim.Mereka inilah digelarkan Dajalis.
Tujuan mereka hanyalah satu,iaitu mengusai dunia dan menubuhkan kerajaan Dajjal.Di mana kerajaan tersebut akan menyesongkan kewibawaan iman manusia.Tanpa kita sedari,mereka telah pun menguasai hampir seluruh sendi dunia dengan mengubahkan cara pandangan dalam manusia dalam menjalani kehidupan.Atas nama hak kebebasan,demokrasi dan globalisasi.Impaknya,manusia lebih bersifat hedonis dan sekular dari mengambil tahu hal-hal agama anutan.Manusia yang bersifat sedemikian sanggup membelakangi agama dengan menyatakan perjuangan hak kebebasan,padahal agama mereka sendiri telah pun lengkap dengan hak-hak manusia,kursusnya agama Islam.
______________________________________________________________-
Rahsia 1
Dajjal Mempengaruhi Manusia Melalui Pakaian,Kecantikan Dan Perhiasan
A.Dajal Memendekkan Kain Atas dan Bawah Manusia
Manusia yang paling disukai dajal adalah manusia yang mudah menerima segala kecantikan dan pesona keindahan sehinggakan perintah Agama Allah SWT untuk menutup aurat diingkari.Terutamanya kaum Hawa.Mereka lebih cenderung mendedahkan aurat agar kelihatan cantik di mata kaum Adam agar dipuji dan dipandang.Renungkan hasutan yang dilakukan oleh pengikut dajal pada kaum Hawa.Syaitan menghasut dengan berkata “Betapa bodohnya dirimu tidak menonjolkan kecantikkan yang dikurniakan Tuhanmu.Ayuh!jangan sia-siakan kurniaanNya.Tonjolkan pada mata-mata yang memandang agar dirimu dipuji.Ayuh kaum Hawa!”.Demikianlah hasutan yang dilakukan tanpa disedari oleh kaum Hawa ibarat darah yang mengalir di tubuh.
Oleh itu,tidak salah jika wanita menjadi sumber fitnah kepada kaum lelaki sehinggakan hal ini merisuakan baginda Rasulullah SAW sebelum baginda wafat.Sabda baginda “Tidak ada ujian yang lebih berat dihadapi lelaki daripada perempuan.Ujian pertama yang dialami Bani Israel adalah yang berkenaan dengan wanita-wanita mereka”
Tidak hanya kaum lelaki yang teransang melihat aurat dan susuk badan wanita,malahan syaitan juga turut teransang dengan aurat wanita yang terbuka.
“Perempuan itu adalah aurat,maka apabila ia keluar dari rumahnya,Syaitan pun berdiri tegak(diransang olehnya)”(Hadis Riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud)
Wanita-wanita yang mengaku moden,termakan tipu daya globalisasi feminisme dan slogan-slogan emansipasi wanita.Akibatnya,mereka yakin membuka seinci demi seinci auratnya tiada salah.
B.Dalil Mengenakan Jilbab
“Hai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’.Yang demikian itu agar mereka lebih mudsh dikenali,kerana itu mereks tidak diganggu.dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Ahzab:59)
Rahsia 2
Dajal Mengendali Manusia Melalui Media
A.Kaum Dajal Adalah Raja Media
Melalui media elektronik,seperti televisyen,kaum dajal menyisipkan symbol-simbol,ajaran dan berita-berita bohong untuk mengendali fikiran manusia.Dari keajaiban media,kaum dajal juga mengajarkan kenikmatan pola hidup dan keindahan umat mereka serta kebebasan anak-anak muda.Dengan itu,manusia menjadi lebih cemburu sehingga meniru semua yang ditampilkan oleh kaum dajal melalui jaringan media yang mereka kuasai.sambil menyebarkan ideology dan kebiasaan-kebiasaan mereka yang tidak terbatas,kerajaan media dajal juga Berjaya mengorek kekeyaan untuk membiayai perjuangan mereka dalam menyesatkan manusia di akhir zaman.
B.Propaganda Kebohongan Zionis Dajal
Berita palsu mereka akan selalu mengatakan bahawa orang islam sebagai pengganas.orang-orang arab digambarkan sebagai bangsa biadap yang kehausan darah.Tetapi,mereka menutupi fakta bahawa Israel dan sekutunyalah yang membunuh muslim.Mereka membunuh wanita,kanak-kanak dan orang-orang yang berusia.Namun,mereka tetap berkeras menyebut golongan lemah tersebut sebagai pengganas.
Mereka menutupi kekejaman tentera Zionis dan mengangkat ke permukaan berita-berita yang mengatakan umat Islam sebagai pengganas.Dengan menguasai jaringan berita dunia,mereka secara berluas-luasa mencuci tangan dari lumuran darah orang-orang yg tidak bersalah.Lalu menundingkan kepada para syuhada(orang-orang yang mati syahid ) yang berjuang demi kemerdekaan.
C.Fitnah dan Mengadu Domba Adalah Senjata Dajal
Pencapaian kejayaan konspirasi dajal serta syaitan adalah ketika mereka dapat membuat manusia menunding kesalahan,melemparkan cacian,bah kan berperang satu sama lain.Jaringan media telah memenuhi program acara harian dengan begitu banyak gosip.Perselisihan faham dan pergaduhan menjadi topik kegemaran yang dijual kepada para penonton.
D. kafir dan dajalis menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan.
Sudah menjadi kebiasaan orang-orang bukan muslim untuk menjadikan agama mereka sebagai mainan. Dari sekian banyak filem-filem dari mereka terbitkan hampir seluruhnya menggambarkan tuhan dan jesus sebagai orang-orang yang menyusahkan kerana terlalu banyak memberikan larangan. File-filem berkualiti yang mengusung komedi dan seks, dijadikan sebagai filem untuk keluarga. Dengan begitu, anak-anak kecil pun berbondong-bondong di pimpin oleh orang tuanya masuk ke dalam panggung wayang. Di sana, mereka menyaksikan aurat-aurat perempuan, mendengarkan dialog-dialog kotor dan mempelajari gerak-geri pemainnya secara tersurat menggambarkan aktiviti seksual.
E. senarai media yang dicurigai sebagai ejen yahudi
Sebahagian besar media dikuasai oleh yahudi.
•    Walt Disney Company
•    ESPN
•    Time Warner
•    CBS dan CNN
•    Via Com
•    News Corporation
•    Dream Work
RAHSIA 3 : DAJALISME MENJADI GAYA HIDUP
A.    Mengagungkan cinta kepada dunia
Syurga dalam pengertian dajalis ertinya dapat berzina dengan sesiapa sahaja yang mereka sukai, mabuk sepanjang hari dan ketika seluruh perhiasan dunia dapat dibeli dengan harta-hartanya. Sebaliknya, jika miskin, nikmatilah neraka dunia. Dajal memberikan pilihan yang tidak seimbang kepada umat manusia. Mereka tidak pernah memberikan pilihan untuk kejayaan hidup di dunia, sekali gus kejayaan memiliki hari akhir. Hanya satu pilihan, “tinggalkan agama dan jadilah kaya atau kerjakan agama kalian dan jadilah miskin.”
B.    Menjual agama demi populiriti
Faktanya, semakin ramai remaja-remaja perempuaan yang masih di bangku sekolah bersedia menjual kehormatannya demi mendapatkan sedikit wang untuk membuatkan dirinya popular. Dengan begitu, ketika pesta-pesta ala barat di lakukan oleh kelompok-kelompoknya, seks menjadi jerat yang menggoda, selain hidangan alcohol dan dadah terlarang. Hantu popularity telah menjelma menjadi gaya hidup yang semakin menjauhkan generasi muda dari ajaran hidup yang diajarkan Rasulullah SAW.
C.    Dajalis adalah umat materialistik
Kekayaan, kekuasaan dan kesempurnaan fizikal menjadi tujuan utama hidup mereka.
D.    Dajal merosakkan moral umat manusia dengan gaya hidup.
Dajalis telah mempengaruhi masyarakat muslim di pelusuk dunia. Dajalis mengajak mereka bersikap terbuka untuk menerima hubungan sejenis.
RAHSIA 4 : DAJAL MENYUSUP KE DALAM KITAB SUCI
A.    Zionis menulis sendiri kitabnya
Kepada orang-orang yahudi, dajalis Berjaya menyembunyikan kitab nabi Musa as yang sebenarnya. Kemudian, menggantikannya dengan tulisan yang diperturunkan kepada para pendeta zionis.
“ maka kecelakaanlah yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya, ini dari Allah, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan” (Al-Baqarah: 79)
B.    Talmud penuh kegelapan dan penghinaan.
Dalam Talmud, dajalis menghina tuhan. Mereka memanusiakan sifat-Nya sehingga seakan-akan Dia tidak lebih kuat dari manusia yang diciptakan-Nya. Tuhan dalam kitab suci zionis, juga dikatakan suka bercengkerama dengan ciptaan dan musuh nya sendiri, serta bersama-sama mempelajari Talmud di atas langit.
C.    Talmud adalah kitab penuh anjuran sihir.
Kematian jesus di tiang salib merupakan sebuah bentuk tumbal yang mereka lakukan untuk dijadikan penghapusan dosa umatnya
D.    Lihatlah kitab perjanjian itu.
Dajalis menggunakan senjatanya iaitu menghasut orang-orang Nasrani supaya mengingkari kebenaran Nabi Muhammad SAW. Ia mengeraskan hati mereka untuk mendustai tanda-tanda kehadiran Nabi Muhammad SAW dalam kitab-kitab Musa.
RAHSIA 5 : DAJAL MENJADIKAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA SIHIR DAN BERHALA
A.    Fitnah sihir kepada Nabi Allah.
Orang-orang yahudi yang derhaka mendakwa Nabi Sulaiman a.s sebagai tukang sihir dan menyembah berhala. Padahal Nabi Sulaiman melarang rakyatnya terjebak dalam perbuatan syirik yang menyekutukan Allah.
B.    Dunia nujum=dunia dajal
Dajal dan sekutunya berjaya menduakan hati manusia dengan dipenuhi kebimbangan dan kesyirikan. Terutama kepada mereka yang telah menjual dirinya kepada iblis atau pun yang telah menyembah iblis.
C.    Ramalan adalah senjata syaitan.
Pesan dan berita-berita ghaib itu adalah pesanan daripada syaitan. Padahal apa yang di bisikkan oleh syaitan itu adalah berita yang dicampuradukkan dengan penipuan.
D.    Menyembah “orang mati” dan “binatang”.
Hakikatnya perkara ini ialah perkara yang bodoh. Bagaimana orang yang masih hidup meminta pertolongan kepada orang yang telah mati. Sebahagian besar daripada mereka ialah orang yang sudah berputus-asa dan sering dikecewakan oleh hidup. Sebab itulah mereka lebih suka berkomunikasi kepada makhluk yang telah mati.
RAHSIA 6 : BOM LIBERALISASI DAN GLOBALISASI OLEH DAJAL.
A.    Menjadikan dajal sebagai penolong.
Kekayaan yang dilemparkan oleh Allah ke seluruh dunia, bukan lagi menjadi milik kita sebab, sebahagian besar di antaranya telah dirompak oleh dinasti zionis yang sangat berkuasa. Mereka mendapat berbagai kemewahan sedangkan rakyat mendapat kemiskinan hasil daripada kekejaman mereka.
B.    Misi tersembunyi dajal di balik globalisasi.
Kepada masyarakat dunia dikatakan bahawa dengan globalisasi, mereka akan semakin banyak memiliki akses untuk menjual produk mereka. Tetapi hakikatnya mereka disuruh membuka lebar pintunya untuk kaum dajal dan membuang semua jambatan menyukar kaumnya.
C.    Liberalisasi system ekonomi dajal.
Dajalis juga menyebarluaskan sistem kewangan negerinya kepada negeri-negeri di bawah jajahannya. Dajalis memperkenalkan wang kertas sebagai ganti kepada wang emas dan perak, sebagaimana dahulu dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. Kepandaian wang kertas tersebut pada perkembangannya, menggantikan cadangan emas sebagai devisa Negara.
D.    Liberalisasi feminisme.
Jangan kita terkejut bahawa ada isteri yang sudah berani melawan suami mereka bahkan ada antara mereka yang sudah berani mengambil alih kuasa rumah tangga. Dajalis mengatakn kepada golongan perempuan, LAWAN. Tujuannya adalah untuk mendominasikan kepimpinan ke tangan perempuan.
RAHSIA 7 : DAJAL MENGAJAK MANUSIA UNTUK MEMPERTUHANKAN ILMU PENGETAHUAN
A.    Dajal mengajar manusia meninggikan ilmu pengetahuan dan merendahkan agama.
Kebenaran tunggal adalah apa yang boleh dicapai oleh akal. Kesejatian hidup bagi golongannya adalah apa yang dapat mereka capai dengan kecerdasan. Padahal kecerdasan manusia adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
B.    Al-Quran dan Hadis sebagai sumber ilmu,
Hakikatnya, dalam kitab Al-quran telah menunjukkan kebenaran. Segala yang terkandung di dalam Al-Quran semuanya benar. Ilmu yang terkandung di dalamnya, mencakupi pengetahuan masa awal penciptaan semesta dan manusia sehingga proses penghancuran alam semesta ketika kiamat bahkan, Al-Quran juga mencantumkan maklumat mengenai kehidupan setelah hari perhitungan.
C.    Umat dajal telah melampaui batas.
Harta, anak dan perniagan membuat manusia menjadi sangat mencintai dunianya sementara, akal membuat mereka mengagungkan materialism dan rasionalisme. Inilah yang ditiupkan pada telinga mereka yang tidak terbiasa dengan lantunan azan dan ayat suci. Dengan begitu, pemikiran dan tindakan mereka mengarah kepada kederhakaan dan melampaui batas sehingga menjadikan kemurkaan tuhannya.
KESIMPULAN
Umat islam haruslah sedar akan fitnah yang dihadapi pada zaman ini dengan banyak mengkaji dan mendalami ilmu-ilmu islam.Sebagai manusia yang berakal, seharusnya kita tidak boleh lalai dngan godaan-godaan duniawi
Kredit :  spmodels.com 

Ketahui 7 rahsia fitnah Al-Masih Dajjal di muka bumi ini!

0 comment... add one now