Kenapa perut buncit sukar dikempiskan?

buncit

Alaf ini kita dikejutkan dengan laporan dari pihak berkuasa menyatakan ramai yang mengalami obesiti. Salah satu petanda obesiti adalah perut yang ‘maju ke depan’ atau dengan kata lain adalah buncit. 

Kebuncitan merupakan salah satu masalah besar bagi sebahagian orang terutama wanita mahupun lelaki.
Perut buncit juga dapat menurunkan kadar penampilan individu. Bagi wanita, perut buncit akan membuatnya kelihatan kurang seksi di mata lelaki.

Oleh sebab itu pelbagai cara digunakan untuk mengempiskan perut yang buncit itu. Seperti berolahraga, diet dan ada yang mengambil ubat pelangsing. Sebelum itu, tahukah anda bahawa banyak faktor yang mempengaruhi terjadinya kebuncitan tersebut. 

Salah satunya seperti faktor hormon, usia, kelamin dan lain-lain lagi. Di bawah ini adalah sebab mengapa “maju ke depan” anda sungguh sukar untuk dikempiskan.

Pertama
Insulin merupakan salah satu penyebab lemak ada di perut. Jadi, peningkatan insulin yang tinggi boleh membuat lemak di tubuh anda terus bertahan dan sulit untuk disingkirkan.

Kedua
Lemak ini jika dibiarkan maka boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan, seperti diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan barah.

Ketiga
Jika ingin lemak di tubuh anda berkurang, jangan sekali-sekali anda mengalami atau merasa stress. Stress atau tekanan pada diri menjadi salah satu faktor lemak semakin bertambah.

Keempat
Percaya atau tidak, kebanyakan orang pasti pernah mencuba untuk menghilangkan lemak di bahagian-bahagian tertentu saja. Seperti di bahagian perut. Perkara itu sangat mustahil untuk dilakukan. Bahkan meskipun anda berolahraga secara rutin sekali pun anda tidak akan boleh menghilangkan lemak di bahagian tertentu saja.

Kelima
Perut merupakan tempat utama penyimpanan lemak sebelum penempalan lemak berlaku di bahagian tubuh lainnya. Meskipun faktor seperti jenis kelamin dan genetik memainkan peranan di mana lemak akan disimpan, tetap saja perut yang menjadi tempat pertama untuk menyimpan lemak.

0 comment... add one now