Kenapa orang Korea nak tahu jenis darah kita?

Trying New Food

Kenapa orang korea akan tanya jenis darah kita?

Antara perkara-perkara pertama yang akan ditanya oleh orang Korea ketika kali pertama berjumpa:
  • Nama
  • Umur
  • Pekerjaan
  • Jenis Darah

blood-type-comic
Eh? Kenapa pula nak tahu jenis darah?
Mungkin anda tidak perasan, masyarakat di Korea mempunyai satu stereotaip ataupun kebiasaan iaitu menentukan personaliti seseorang melalui jenis darah. Sudah tentu ianya belum terbukti secara saintifik tetapi anda akan terkejut bagaimana tepatnya ciri-ciri personaliti dengan jenis darah masing-masing. Tapi korang tahu ke jenis darah korang ni? hahaha
1656192_702170393155838_1630507465_n1795626_702170409822503_14585154_n1069828_702170423155835_1055835810_n1797367_702170403155837_686773476_n
Darah Jenis A :
Orang yang mempunyai darah jenis A dikenali sebagai lebih konservatif dan pendiam daripada yang lain, sering didapati untuk sukar menyatakan emosi atau mempercayai orang lain. Mereka amat sabar, bertimbang rasa, juga sangat kreatif dan mementingkan kesempurnaan. Namun sering dilihat sebagai seorang yang degil, keras kepala dan mementingkan diri.
Lelaki : Lelaki dengan darah jenis A dikatakan mempunyai hati yang mesra dengan personaliti yang baik. Mereka sangat menepati masa, sentiasa mengharapkan hasil yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan, tetapi juga sangat sensitif dan sanggup menyerahkan segala-galanya untuk apa-apa atau sesiapa yang mereka suka. Oleh sebab sifat sensitif mereka yang tinggi, mereka mempunyai hati yang rapuh dan mudah untuk kecil hati.
Perempuan: Perempuan pula lebih cenderung untuk menjadi sangat tamak dan mempunyai kesukaran mencari kepuasan. Ego yang kuat sering membawa mereka untuk bertindak mengikut emosi. Walaubagaimanapun, mereka sangat setia dan penyayang, sehingga sering menyebabkan cemburu yang melampau atau senang untuk iri hati. Mereka lebih suka hidup mengikut jadual,  dan merasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
   225380_535467173159495_161737156_n
Darah Jenis B :
Orang yang mempunyai darah jenis B pula dikatakan adalah orang-orang yang sangat bersemangat, liar, dan kreatif. Mereka bebas, tetapi sangat obses dengan orang-orang dan perkara-perkara yang mereka suka. Mereka cenderung untuk berfikir di luar kotak dan hidup gaya hidup yang amat bebas dan tidak menghadkan diri mereka kepada satu persekitaran. Walau bagaimanapun, mereka juga sukar untuk sabar dan mudah berputus asa. Sering dilihat sebagai seseorang yang malas, berfikiran cetek, dan tidak bertanggungjawab.
Lelaki : Lelaki dengan darah jenis B popular dengan sifat negatif mereka dalam kalangan masyarakat korea iaitu untuk mempunyai ego yang tinggi dan sangat mementingkan diri. Mereka benci kepada sesiapa yang memandang rendah kebolehan mereka atau gagal untuk memberikan perhatian yang mereka mahu. Walaubagaimanapun, mereka sangat pintar dan personaliti mereka yang lucu mudah untuk menjadikan mereka popular. Mudah jatuh cinta dan mudah juga untuk hilang minat. Cenderung untuk bertindak sebelum berfikir. Mereka sangat bagus dalam menipu, dan selalu marah apabila diminta untuk melakukan sesuatu.
Perempuan : Para wanita tidak banyak bezanya berbanding lelaki. Mereka tidak suka dikawal oleh peraturan, lebih cenderung untuk jujur meluahkan perasaan mereka tanpa mengambil kira perasaan orang di sekeliling. Mudah untuk menjejaskan emosi mereka sendiri sehingga menyebabkan perubahan emosi yang kerap. Mereka cenderung untuk bosan dan hilang minat dengan cepat, sering membuat keputusan spontan dalam kehidupan seharian sehingga menjadikan mereka sukar untuk mengekalkan hubungan jangka masa panjang. Mereka bencikan halangan atau kongkongan hidup. Walaupun dikenali sebagai seseorang yang tidak mudah untuk marah, namun mereka sangat tabah dan kadang-kala sukar untuk mencari ketenangan.
11399_535467423159470_337755648_n
Darah Jenis AB :
Orang dengan golongan darah AB dikenali sebagai sama ada golongan genius atau orang-orang psiko. Walaupun mereka mungkin kelihatan aktif di luar, mereka boleh menjadi sangat sensitif dan pemalu. Mereka lebih berfikir secara rasional , mempunyai konsentrasi yang tinggi, dan lebih terkawal oleh akal dan fikiran daripada mengikuti hati dan perasaan mereka. Mereka juga boleh menjadi seseorang yang pemalu, ragu-ragu, dan kadang-kala menjauhkan diri daripada orang lain. Sifat-sifat inilah yang membuatkan mereka dilihat sebagai talam dua muka, tidak boleh dipercayai, dan tidak dapat diramal.
Lelaki : Lelaki dengan jenis darah AB  sering dilihat sebagai seorang yang dingin sukar untuk didekati pada pertemuan pertama. Walaubagaimanapun, mereka lebih penyayang daripada kebanyakan orang, dan sentiasa menjadi orang yang pertama untuk memaafkan. Mereka mudah untuk berputus asa dengan sesuatu perkara, sering bertukar-tukar kerja, dan sangat cepat untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Oleh sebab mereka orang yang sangat pemalu, mereka cenderung untuk menyembunyikan perasaan mereka dan sering tampil sebagai emosi berkembar. Kebiasaan orang tidak mengaitkan mereka dengan ciri-ciri yang boleh dipercayai pada mulanya, tetapi mendapati bahawa mereka sangat jujur dan romantis dengan orang-orang yang mereka paling selesa.
Perempuan: Perempuan dengan jenis AB darah sering bermuka-muka, mereka suka untuk jaga tepi kain orang lain, tetapi tidak suka mendedahkan hal sendiri, dan biasanya ssuka untuk menyendiri. Mereka boleh menjadi sangat penyayang dan bertimbang rasa pada satu-satu masa, tetapi juga sangat mementingkan diri sendiri, tidak sabar, dan mudah curiga terhadap orang lain. Mereka lebih bebas dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Sering dilihat sebagai seorang yang tenang, tetapi hakikatnya perasaan mereka amat mudah terjejas.
581143_535468293159383_552692171_n
Darah Jenis O :
Orang-orang dengan jenis darah O adalah ceria, bertenaga, optimis, dan dikenali sebagai ‘natural leader’. Mereka suka untuk meluahkan buah fikiran mereka di samping mengekalkan sikap mesra. Mempunyai keyakinan diri seterusnya membawa mereka untuk menjadi seseorang yang sangat bercita-cita tinggi dan taksub dengan kejayaan. Mereka sukakan kemenangan dan bencikan kekalahan. Mereka juga cenderung untuk menjadi dramatik, sombong, tidak sensitif, dan kejam, tetapi diketahui mempunyai personaliti yang terbaik daripada empat jenis darah yang lain. Mereka sering mengorbankan keperluan mereka demi kepentingan orang di sekeliling mereka.
Lelaki : Lelaki dengan jenis darah O adalah sangat sensitif, beremosi, dan cenderung untuk mempercayai orang lain dengan mudah. Mereka sangat peka terhadap persekitaran mereka, gemar mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan, lebih-lebih lagi dengan sifat kepimpinan semula jadi yang mereka miliki. Mereka sering menyembunyikan perasaan mereka dan tidak meluahkannya kerana takut orang lain tidak akan menerimanya.
Perempuan : Perempuan bagaimanapun, adalah sangat aktif dan baik hati, tetapi terlalu  berani sehingga tidak dapat dijangka. Mereka sukar untuk mengawal tekanan dan akhirnya mudah terluka dan banyak  mendapat pengalaman pahit dan juga kesepian lebih daripada orang lain. Walaubagaimanapun, mereka amat penyayang dan penyabar, dan biasanya membantu masalah orang lain seolah-olah masalah mereka sendiri. Mereka juga mungkin kelihatan kuat dan stabil di luar, tetapi sangat lemah dan rapuh, dan lebih suka berada dalam kumpulan kecil berbanding kumpulan besar.
66909_535467703159442_2054535764_n
Mereka juga percaya bahawa setiap jenis darah mempunyai keserasian dengan jenis darah yang lain
A lebih serasi dengan O
B lebih serasi dengan AB
AB lebih serasi dengan AB
O lebih serasi dengan A
12974469_1129224277117112_7386796006852833014_n

Walaubagaimanapun semua ini hanyalah kepercayaan mereka dan semuanya bergantung kepada diri masing-masing. Jangan korang clash pulak dengan couple masing2 lepas baca post ni huhuhu…
Suka dengan apa yang anda baca? Share post ini dan tag kawan-kawan anda, mana tahu sama jenis darah dengan artis k-pop yang korang minat ^_^
Kredit Gambar : www.facebook.com/BloodTypePersonali

0 comment... add one now