Kenali Wak Doyok ikon pereka fesyen di Malaysia

Wak Doyok

Mungkin hanya segelintir yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tetapi jika disebut Wak Doyok, pencinta dan pereka fesyen pasti mengenalinya. Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya laporan Mymetro Online.
Wak Doyok, bukan artis popular sebaliknya penampilan pemuda ini yang berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya jejaka berusia 33 itu sarat aura maskulin era Inggeris 60-an.
Kurang lebih satu jam menemubualnya, saya sifatkan pemuda ini seorang yang berfalsafah apabila bercakap mengenai fesyen yang digayakannya. Fesyen Mods bagi Wak Doyok tidak dilihat sebagai helaian fabrik atau rekaan semata-mata, sebaliknya dia memahami falsafah Mods secara menyeluruh, iaitu kaitan Mods dengan Vespa dan Lambretta termasuk kecenderungan muzik yang berasal dari era 60an seperti ska, soul dan motown, yang menjadi pilihan pengamal Mods.

0 comment... add one now