Kenali tanda-tanda anda pengidap kanser!

cegah-kanser
Siapa je yang tak takut bila dengar perkataan ‘KANSER’? Tambahan pula kalau orang yang kita rapat dan yang kita sayang mengidap penyakit kanser. Tak kisah lah kanser apa pun, benda tu tetap menjadi mimpi ngeri untuk kita.
Kalau korang betul-betul sayangkan keluarga, tolong pantau keadaan mereka dari semasa ke semasa. Jangan ambil sambil lewa je tau! Yang paling penting, JANGAN MENYESAL!
Jom kita tengok antara ciri-ciri seseorang tu mengidap kanser:
  • KANSER PANGKAL RAHIM
Kalau korang belum sampai masa datang haid tapi dah ada darah selepas melakukan hubungan seks. Pergi jumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. 
  • KANSER DALAM RAHIM
Pendarahan selepas melakukan hubungan seks. Atau terasa bengkak dalam abdomen.
  • KANSER OVARI
Haid yang tidak menentu. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • KANSER DARAH (LEUKEMIA)
Berpeluh dan letih dari kebiasaannya. Pendarahan pada kulit dengan mudah tanpa sebab. Bukan tu je, ada juga gejala-gejala lain seperti sakit-sakit sendi, kembung perut dan kebengkakan dalam abdomen.
  • KANSER PARU-PARU
Kerap batuk-batuk, darah keluar bersama air liur, susah nak bernafas dan selalu asma. 
  • KANSER HATI
Sakit perut, tak ada selera makan, hilang berat badan, mata dan kulit bertukar menjadi kekuningan.
  • KANSER PUNDI KENCING
Air kencing bercampur dengan darah.
  • KANSER OTAK
Selalu sakit kepala dalam jangka masa yang lama. Kerap muntah, pandangan yang kabur. Nampak cahaya silau-silau kemerahan ketika sakit. Paling teruk bila anggota badan lumpuh kejap. 
  • KANSER MULUT
Ada ketulan dalam mulut. Lama kelamaan benda tu boleh mengakibatkan kanser. Pakai gigi palsu dalam jarak masa yang lama juga boleh menjadi salah satu sebab.
  • KANSER DI LEHER
Suara menjadi serak. Terasa ada ketulan time tengah telan makanan.
  • KANSER DALAM PERUT
Pengurangan berat badan secara mendadak. Muntah darah dan selalu kembung perut selepas makan. Terasa senak dan ada ketulan di bahagian perut. Terasa seperti ada ketulan dalam perut even hanya berapa suap sahaja makanan dimakan.
  • KANSER PAYUDARA
Darah atau cecair keluar dari bahagian puting. Terasa ada ketulan pada payudara atau ada bahagian yang bengkak. Jerawat tumbuh pada bahagian payudara dalam jarak masa yang terlalu lama. Perlu lebih berhati-hati sebab 9/10 wanita akan mengalami ketumbuhan ini.
  • KANSER KOLON
Pengurangan berat badan secara mendadak. Najis keluar bercampur dengan darah. Selalunya darah keluar bersama akan dikaitkan dengan buasir. Tapi kalau darah keluar berwarna agak kehitaman, ia selalunya dikaitkan dengan Kanser Kolon.
  • LYMPHOMA
Ada ketulan dekat bawah ketiak atau di pangkal paha. Ini merupakan kanser di bahagian kulit. Bukan tu je, tahi lalat dan ketuat juga termasuk dalam kumpulan ini yang bermaksud ia boleh memudaratkan kalau benda tu semakin membesar dan menjangkiti bahagian lain.
- See more at: http://www.suriafm.com.my/tanda-tanda-kanser-membunuh/#sthash.BRw7vPX2.dpuf

0 comment... add one now