Kenali siapakah Anna Najlaa Ceria Pagi di Suria FM?

unnamed
Adakah anda mengenali nama panggilan Anna Najlaa di Suria FM??? Sebenarnya Farhana Najlaa Jamil salah seorang yang telah memenangi anugerah Bicarawara Radio Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2016 yang diadakan pada 20 dan 21 Mei yang lalu.
Kemenangan Anna Najlaa itu telah membuktikan kebolehannya dan kerja kerasnya dengan mencurahkan idea-idea yang unik demi pendengar Suria FM khususnya Ceria Pagi yang dikendalikan oleh Adibah Noor dan Baki Zainal setiap hari (Isnin – Jumaat) bermula pada 5 pagi hingga 10 pagi.
Apa kata kita dalami sedikit tentang kisah penerbit Ceria Pagi yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Anna’ dikalangan teman Suria FM.
  • Ceritakan sedikit tentang latar belakang Anna selaman bekerja di Suria FM.
Sudah 6 tahun setia bersama Suria FM. Semenjak 2010. Sebelum masuk ke department programming, saya salah seorang CAT (Creative Advertising Team) selama lebih kurang 2 tahun. Masa itu, saya je seorang wanita di kalangan kumbang dalam team saya. Selepas itu, minat dalam bidang Broadcasting melebihi Advertising sebab saya ialah graduan Mass Communication (Broadcasting). Saya bermula dari bawah sebagaiAssistant Producer dan banyak menimba ilmu dengan bekas producer, para penyampai dan juga boss, Cik Adiwati. Dari zero saya belajar dan sekarang masih terus belajar. Sehingga tahun lepas, saya di naikkan pangkat sebagai producer Ceria Pagi.
  • Bagaimana Anna boleh terjebak dalam industri hiburan?
Sebab minat. Selepas SPM, saya tak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sebagai student MassCom sebab saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Pejabat. Tapi minat tak terhenti di situ. So for degree, saya apply MassCom (Broadcasting) dan bermula dari situ saya berjinak-jinak dalam industry ini. Cliché kan jawapan?
  • Kalau Anna tidak terlibat dalam industri hiburan, apa yang Anna akan lakukan?
Mungkin saya akan bekerja sebagai seorang secretary di sebuah company terkenal. Disebabkan masa itu saya masih study in Broadcasting, saya tolak mentah-mentah tawaran tersebut.
  • Siapa sumber inspirasi Anna untuk terus terlibat dalam industri ini?
Terlalu banyak. Tetapi inspirasi saya datang dari keluarga, suami and of course team Suria FM. Kalau tak, tak ada lah sampai 6 tahun di sini. Sebab team Suria FM paling best dan awesome yang pernah saya jumpa!!!!
  • Dimana Anna lihat diri Anna dalam masa 5 tahun akan datang?
Mungkin jadi full time housewife kot. Tak terfikir lagi.
  • Misi Anna dalam hidup?
Misi saya ialah hidup untuk makan bukan makan untuk hidup. Kalau tak hidup, macam mana nak makan kan?
  • Apakah memori terindah Anna sepanjang bekerja di Suria FM?
The best thing is dapat jadi producer Ceria Pagi. Itu memang the best memory everSecond thing is dapat bekerja dengan team Suria FM yang paling sempoi, awesome, otak semua gila-gila dan rapat macam family juga. Team Suria FM is my 2 nd family.

Sumber - suria.fm 

0 comment... add one now