Kenali personaliti seseorang cara si pemakai cincin

cara-pakai-cincin
Siapa suka pakai cincin? Berapa banyak cincin yang korang ada dan berapa pula yang korang selalu pakai? Mungkin satu, mungkin dua yang asyik bertukar-tukar dekat jari tu atau mungkin tak pakai langsung? 
Cincin yang disarung di jari bukan saja bertujuan untuk menjadi penghias je tau! Cara pakai cincin pun dikatakan mencerminkan personaliti kita. Tak tahu la betul ke tidak, hanya si pemakai je yang tahu sejauh mana kebenarannya! Wah gitu! 
Jom kita baca antara kisah cincin yang dikaitkan dengan personaliti si pemakai! 
  • Jari telunjuk
Katanya orang yang suka pakai cincin dekat jari telunjuk ni sebenarnya suka menguasai sesuatu situasi tu. Orang tu sangat suka kalau jadi ketua untuk pa-apa jenis situasi. Betul ke?
  • Jari hantu
Haa yang ni pula menunjukkan dia seorang yang selalu mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan kesejahteraan dan kedamaian. Wahhhh kemain tauu!
  • Jari manis
Empunya badan ni katanya seorang yang berminat dengan hal-hal yang berkaitan dengan percintaan. Hati ada taman wehhh!
  • Jari kelingking
Ia mencerminkan keperibadian yang lebih menjurus kepada hal-hal berkaitan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan. Haaa yang ni hanya si pemakai je boleh mengiyakan atau menidakkan. 
  • Ibu jari
Orang yang pakai cincin di ibu jari dikatakan mencerminkan kehendaknya yang ingin menguasai situasi biarpun sanggup berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan. Ehh macam sama je dengan yang pakai cincin dekat jari telunjuk!

0 comment... add one now