Kenali biodata 8 peserta "BINTANG BLISS®" yang pertama

Pencarian “BINTANG BLISS®” telah pun masuk ke peringkat seterusnya, dimana kini hanya 8 peserta telah disenarai pendek bagi bertanding sesama sendiri dan hanya seorang sahaja yang akan dinobatkan sebagai BINTANG BLISS® yang pertama.
 
Sebelum itu, jom kita kenali kesemua 8 peserta ini!


1.    Aina Wahida
 

Aina adalah seorang guru dan model sambilan dari Puchong yang mempunyai minat terhadap bidang pengacara. Anak sulung daripada tiga beradik, Aina merupakan seorang periang, konfiden, penyayang dan mesra. Aina mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan corak pengambilan makanan yang teratur dan bersenam tiga kali seminggu. Motto hidup Aina ialah “Be confident in everything I do, take all the great chances and always do the best for the sake of myself and my family.”
 



2.  Amy Nur Tinie


Tinie berasal dari Ipoh dan merupakan seorang yang aktif, rajin, lucu, mudah bergaul dan peramah. Tinie bekerja sebagai model freelance dan membantu menguruskan perniagaan keluarganya dalam sebuah butik perkahwinan, salun & spa. Tinie suka membaca dan menari pada masa lapang, dan mempunyai minat untuk menceburi bidang pelakonan dengan aspirasi untuk menerima anugerah Seni Negara suatu hari. Motto hidup Tinie ialah “Always be a step ahead in everything I do, have faith in myself and never give up”.

 



3. Ariel Cheong

Berasal dari KL, Ariel adalah graduan baru dalam bidang Perhubungan Awam (PR) & Pemasaran. Cita-citanya adalah untuk menjadi Pengurus Pemasaran untuk jenama terkenal. Ariel merupakan seorang periang, aktif dan suka bersosial. Ariel mempunyai tabiat gaya hidup yang sihat kerana dia percaya bahawa kesihatan dan kecergasan adalah penting. Motto hidup Ariel ialah “Everything happens for a reason”.

 



4. Jean Lim

 

 

Jean adalah seorang bakat TV komersial freelance dari Klang yang profesional, sabar, bersemangat, ceria dan mudah bergaul dengan orang lain. Sebagai salah seorang finalis dalam Miss Universe 2014, Jean mempunyai minat untuk menceburi bidang pelakonan. Dia percaya dengan pepatah “diri anda ialah apa yang anda makan”, dan ingin mengembalikan motivasinya untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.
Motto hidup Jean ialah “Be genuine to others and live life to the fullest”.

 



5. Ketty Natalia
 


Ketty adalah seorang penyanyi tempatan yang berkeazaman. Kawan-kawannya menggambarkan Ketty sebagai seorang yang gembira, mesra, suka bercakap dan gila-gila. Ketty sedar akan peranan pengambilan makanan yang seimbang untuk memastikan kesihatan yang baik dan ingin menyebarkan mesej ini kepada semua.
Motto hidup Ketty ialah “Takkan menyerah sebelum mencuba”.

 



6. Nurul Amira


Amira merupakan seorang pelajar dari Subang Jaya yang mempunyai aspirasi dalam bidang nyanyian. Seorang yang banyak bercakap dan suka mengambil gambar ‘selfie’, kawan-kawannya juga menggambarkannya sebagai seorang ‘datin’ kerana Amira suka memakai kasut bertumit tinggi ke kolej. Amira mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat dengan bersenam tiga minggu sekali dan elak pengambilan air yang bergula & makanan yang tidak berkhasiat. Motto hidup Amira ialah “Jangan menyusahkan orang lain”.



 7.  Sakinah Ismail



Anak bongsu daripada lima adik-beradik, Sakinah adalah seorang peramah, kelakar, suka gelak dan jujur. Sakinah mempunyai seorang anak dan bekerja sebagai model sambilan & suri rumah. Sebagai seorang ibu, Sakinah memastikan ahli keluarganya mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang seimbang dan aktiviti senaman seminggu sekali. 

 



8. Sarah Menon
 


Sarah adalah graduan baru dalam bidang Undang-undang yang berasal dari Johor. Gemar membaca dan meluangkan masa dengan keluarga & kawan-kawannya pada masa lapang, Sarah juga suka memasak pencuci mulut. Sebagai anak tunggal, Sarah sangat rapat dengan ibu bapanya. Sarah merupakan seorang yang pentingkan kesempurnaan, teliti, peyayang dan periang.
Motto hidup Sarah ialah “Do my best and know that only you are responsible for your actions & no one else”.

0 comment... add one now