Kenali asas jenis minyak enjin di pasaran


pouring-cropped
Adalah penting untuk pengguna mengetahui jenis minyak yang mereka gunakan supaya pengguna tidak terpedaya dengan penjual kerana penjual mungkin boleh menaikkan harga yang tinggi untuk kualiti minyak yang rendah (harga yang tidak berpatutan). Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan asas untuk pengguna kereta supaya lebih memahami jenis minyak enjin yang digunakan.
Terdapat dua jenis minyak enjin di pasaran iaitu jenis Mineral dan Sintetik(semi sintetik atau fully sintetik). Penerangan jenis minyak enjin seperti dibawah:-
MINERAL
Ataupun dikenali sebagai motor oil, boleh dikatakan sebagai ‘minyak mentah’ kerana ia ditapis dari minyak petroleum dan tiada sebarang tambahan ‘formula’ pada minyak jenis ini.
SINTETIK
Ia adalah ‘minyak berformula’ yang bermaksud minyak yang telah ditambah formula supaya minyak akan lebih bermutu & berkualiti. Kelebihan sintetik begantung kepada formula yang dimasukkan ke dalam minyak tersebut. Secara am, kelebihan minyak sintetik ialah ia mempunyai tahap ketahanan panas yang lebih tinggi & juga mempunyai daya ketahanan yang kuat. oleh disebabkan itu minyak sintetik tidak mudah terbakar(menjadi hitam).
Sintetik juga lebih bersih. oleh itu ianya dapat memberi penjagaan enjin yang lebih baik berbanding dengan minyak mineral. Sintetik juga mempunyai kelikatan yang rendah, kadar kelikatan yang rendah bermakna ‘pick up’ kenderaan akan menjadi lebih baik (enjin lebih ringan)
tlin456
Ketahui kod-kod yang pengguna boleh lihat di label botol minyak enjin ;
API SM/CF
API= American petroleum Institute( Mereka yang mementukan
gred minyak)
SM
S= Spark(digunakan untuk kenderaan petrol)
M= Gred yang diberikan(Abjad yang lebih tinggi bermaksud gred yang lebih baik)
Gred N adalah gred yang tertinggi pada masa sekarang.
CF
C= Combustion ( digunakan untuk kenderaan diesel)
M= Gred yang diberikan(Abjad yang lebih tinggi bermaksudgred yang lebih baik)
Gred I adalah gred yang tertinggi pada masa sekarang.
SM/CF = Minyak multi-grade. Boleh digunakan untuk petrol mahupun diesel.(lebih baik untuk petrol)
CF/SM = Minyak multi-grade. Boleh digunakan untuk petrol mahupun diesel.(lebih baik untuk diesel)
Oleh itu sebagai pengguna, setelah kita mengetahui jenis minyak yang digunakan maka pengguna dapat menilai sama ada harga adalah berpatutan atau tidak. Perbezaan utama harga minyak bukan terletak pada jenama tetapi pada gred dan jenis minyak. Sebagai contoh;
-Minyak mineral gred API SG sepatutnya jauh lebih murah dari minyak mineral gred API SM
-Minyak sintetik sepatutnya lebih mahal dari minyak mineral
TIPS PENTING!!
i) Walaupun minyak sintetik lebih baik dari minyak mineral, sintetik lebih mudah mengalami pemejelwapan kerana sintetik tidak likat. Oleh itu, sebagai pengguna, apabila memandu dengan lebih jauh dan kerap, adalah dinasihatkan untuk memastikan sukatan minyak enjin mencukupi.
ii) Untuk kenderaan yang sudah melebihi 100,000km, adalah dinasihatkan untuk menggunakan minyak yang lebih likat. (contoh minyak yang lebih likat ialah minyak SAE 20w-50).
iii) 
Menggunakan minyak yang bermutu & berkualiti dapat memanjangkan hayat enjin kereta.
Sumber - blogtips.biz 

0 comment... add one now