Kelakar! Cermin mata pun dianggap 'art', sedangkan sekadar prank!


SETIAP orang mempunyai definisi yang berbeza-beza terhadap seni.

Namun siapa menduga orang ramai boleh ‘tertipu’ apabila sesuatu objek yang biasa, tiba-tiba diletakkan di galeri seni.
Demikianlah yang terjadi di sebuah pameran seni di London apabila pengunjung begitu teruja melihat sepasang cermin mata malahan ada yang merakamkan gambar objek yang dianggap ‘karya seni’ itu.
Kejadian yang dirakam TJ Khayatan dan rakannya itu kemudian menjadi viral setelah dia tampil membuat pengakuan bahawa cermin mata itu sebenarnya bukan karya seni tetapi sekadar prank.
“Haha. Kami letak cermin mata atas lantai di sebuah galeri seni dan…” tulisnya yang berkongsikan beberapa gambar aksi pengunjung melihat cermin mata itu.
CjMXI62VEAAXlDY
CjMXI6sUgAIm5IRCjMSUbRUYAAUVio
Insiden itu sekali gus mengundang tawa masyarakat di seluruh dunia.
Pada masa sama, timbul persoalan dari netizen tentang apa itu seni, hinggakan objek biasa seperti cermin mata pun boleh dipandang sebagai luar biasa.
Sumber: Metro.uk

0 comment... add one now