Keistimewaan Air Kathira Dalam Bulan Ramadhan Patut Anda Cuba!


Sebelum ini saya ada pernah kongsikan resepi mudah buat murtabak maggi. Agak2 kali ni saya nak share kepada anda air minuman yang sangat digemari orang Johor.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa air Kathira menjadi pilihan ramai terutamanya ketika bulan Ramadhan. Memang tidak dinafikan air Kathira adalah air yang paling popular dan digemari ramai terutamanya di negeri Johor.

Minuman yang berasal dari Pakistan itu amat digemari kerana  enak dan menyegarkan. Apabila disebut mengenai air Kathira, masyarakat setempat pasti akan terbayang air Kathira yang boleh didapati di bazar Ramadan.

Lazimnya untuk menghasilkan air Kathira dikatakan perlu mempunyai beberapa bahan wajib antaranya Kembang Semangkuk, Biji Selasih, dan Kathira iaitu sejenis herba dari India.

Namun, ada sesetengah resepi air Kathira tidak hanya menggunakan tiga bahan tersebut sebagai asas sebaliknya menggunakan bahan-bahan bermutu iaitu Buah Semangkuk, Kurma, Badam, Buah Kabung, Kismis, Kathira, Agar-Agar dan Biji Selasih yang menjadikan iainya istimewa.

Uniknya Air Kathira kerana ada yang menggunakan Kathira asli yang diimport khas dari India bagi mengekalkan keaslian dan khasiatnya. Kathira tersebut yang seakan gula batu perlu direndam semalaman sebelum dikisar bersama bahan-bahan yang lain.

Memandangkan air Kathira ini hanya boleh didapati di bulan Ramadan, mungkin nanti saya akan kongsikan resepi air kathira kepada anda.

0 comment... add one now