Kantoi drama Raja Ilya pegang telefon terbalik jadi bahan jenaka netizen!

raja ilya

Tindakan seorang pelakon wanita yang memegang talefonnya secara terbalik ketika berlakon telah menjadi bahan jenaka oleh netizen.

Dalam satu muat naik gambar di laman Instagram milik encik_azmeer, dengan jelas menunjukkan gambar Raja Ilya yang memegang talefon bimbitnya secara terbalik ketika melakonkan adegan di dalam sebuah kereta.

Gambar tersebut disertakan sekali dengan status yang memerli adegan drama tersebut.

“Menghayati sungguh lakonan tu, Hadui cerita melayu.” katanya dalam status beliau.

Muat naik gambar ini telah menjadi viral dilaman Instagram dan rata-rata dari netizen menjadikan gambar tersebut sebagai bahan jenaka.

“Dia sedih sebab belum sempat terbalikkan talefon, kamera dah attack muka dia.” kata _velvett2.

“Husnu Zhan kot-kot dia loud speaker” ujar al.hashir.4.

“Terbalik lagi tak ape, teruskan je la, penonton sedang feel tu, tak perasan.” katanya. -SuaraTV

0 comment... add one now