Kafe "cika coop", "lem coop" jadi viral selain dicemuh netizen



Sekeping gambar menu makanan yang dikatakan dari sebuah kafe di sebuah univerisiti tempatan menjadi viral di media sosial, selain dicemuh orang rmai.

Menu yang menyediakan "bestan food" (Western Food?) itu menyenaraikan beberapa item dalam bahasa inggeris tapi dalam sebutan bahasa malaysia.

Antara item yang mendapat perhatian ramai adalah "cika coop" (chiken chop?), fisan cips (fish and chips?), lem coop (lamb chop?), sedbij (sandwich?), fenfarais (French fries?) dan burger sepesal (burger special?).

NST melaporkan, gambar itu mula kelihatan di media sosial Reddit, yang dimuat naik oleh pengguna 'eccentrickjack' yang mendakwa ia dari universiti tempatan

Seorang pengguna, 'hytag' menulis komen "Saya harap kamu hanya melawat di universiti itu. Tak boleh bayang jika kamu belajar di sana".

Sama ada menu itu adalah kesalahan manusia atau hanya sekadar marketing tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, ia sudah menjadi terkenal di media sosial.


Sebelum ini, gambar menu makanan "scissors salad" pernah menjadi viral di media sosial. Ia turut mendapat perhatian Menteri Belia & Sukan, KJ.

0 comment... add one now