Juara Gempak Superstar, Elizad berhasrat guna wang RM100,000 untuk merawat mata bapanya



PELAKON yang rupa-rupanya mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian, Siti Elizad berhasrat menggunakan wang kemenangannya untuk merawat mata bapanya.
Dinobatkan sebagai juara Gempak Superstar, Elizad meraih kemenangan wang tunai sebanyak RM100,000.
Walaupun bapanya, Sharifudin sudah menjalani beberapa pembedahan namun sehingga kini penglihatannya masih tidak berapa jelas.
“Bapa saya tak berapa nampak jadi kalau boleh duit kemenangan itu saya nak ubat mata bapa saya.
“Dah hampir tiga ke empat tahun keadaannya begitu, bukan tak pernah berubat, sebenarnya dah beberapa kali bapa menjalani pembedahan tapi penglihatannya masih kabur.
“Saya tak tahu apa sebenarnya nama penyakit tersebut tapi yang saya faham seperti ada pendarahan dalam kornea.
“Jadi dia tak boleh naik kapal terbang dan berada di tempat yang bertekanan tinggi kerana khuatir perkara itu boleh menyebabkan saluran itu pecah,” katanya.
Dalam pertandingan akhir program itu, pelakon Sherry Ibrahim meraih gelaran naib juara, Arja Lee di tempata ketiga, Sofi Jikan (keempat) dan Nazim Othman di tempat kelima. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now