Jawapan 'cool' Siti Nordiana "Saya pernah jadi isteri, saya faham"

Siti-Nordiana
Suatu ketika dahulu, Siti Nordiana yang lebih dikenali dengan panggilan Nana pernah dilabelkan sebagai penyanyi kampung oleh netizen dan sekarang lihatlah dimana Nana berada!! Namanya yang tengah hangat diperkatakan selepas menjuarai pertandingan Gegar Vaganza.

Rezeki Nana tidak behenti disitu bahkan ia semakin bercurah-curah apabila ditawarkan untuk menjadi pelakon. Lakonan antara Nana dan juga Alif Satar sememang sangat menjadi dan mereka berjaya membawa watak dengan berjaya sampaikan drama Dia Semanis Honey sentiasa trending di Twitter.

Disebabkan itu, baru-baru ini timbul cerita tentang isteri Alif Satar yang dikatakan cemburu dengan lakonan mereka berdua mendapat perhatian Nana sendiri. Nana juga sempat menjawab isu itu dengan tenang.
Jom kita baca penjelasan Nana tentang hal ini.
“Alhamdulillah gandingan saya dan Alif menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Alif kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga. Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Alif dan pengarah. Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua. Kebanyakkan babak romantik saya mohon agar tidak ada adegan bersentuhan. Ini kerana saya juga pernah menjadi isteri, jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri.”
Bagus sikap Nana yang sentiasa menjada batas pergaulan dan perasaan isteri Alif Satar. Tak semestinya kalau bersentuh tu, rating drama atau filem tu akan melonjak naik kan? Kepada Nana, semoga rezeki sentiasa melimpah ye. 
Sumber :Media Hiburan

0 comment... add one now