Jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di China, pegang 10 rekod dunia

Jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di China pegang 10 rekod dunia
Jambatan yang direka firma Israel ini memegang 10 rekod dunia

Imej-imej terbaru yang diedarkan kepada media ini menunjukkan jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di China, yang dikatakan memegang sehingga 10 rekod dunia.

Terletak di taman negara yang menjadi inspirasi untuk filem 'Avatar' arahan James Cameron, ia dikenali sebagai 'Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge'.
Jambatan Kaca China
Mengagumkan


Jambatan ini berukuran 430 meter panjang, 6 meter lebar dan boleh menampung sehingga 800 pengunjung serentak.

Direka firma Haim Dotan Ltd. dari Tel Aviv, Israel, jambatan ini memegang 10 rekod dunia termasuk lompatan bungee tertinggi.
Jambatan Kaca China
Beranikah anda?


Taman Negara Zhangjiajie terletak di utara wilayah Hunan.

Jambatan ini dijangka dibuka tidak lama lagi, menjelang musim panas tahun ini.
Jambatan Kaca China
Bukan untuk mereka yang lemah semangat


Walaupun memegang pelbagai rekod dunia, namun jambatan kaca Zhangjiajie tidak mampu meraih gelaran sebagai jambatan kaca pertama di China.

Ini kerana jambatan kaca ada dibuka di bahagian tengah wilayah Hunan tahun lalu, dengan ketinggian hampir 180 meter. 

Jambatan Kaca China
Jambatan Kaca terbaru di China
Jambatan Kaca China
Pemandangan di waktu pagi

Haim Dotan
Arkitek Israel, Haim Dotan
Sumber - astroawani 

0 comment... add one now