Jakim anggap keterlaluan isu viral 'telur halal' baru-baru ini


Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap ‘keterlaluan’ isu yang diviralkan di media sosial berkenaan “telur halal” baru-baru ini.
Dalam kenyataan hari Sabtu, Jakim berkata syarikat pengeluar yang meletakkan logo halal pada setiap biji telur adalah bercanggah dengan peraturan melabel logo tersebut.
“Sebagai makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak meragukan,” katanya. – BERNAMA

0 comment... add one now