Jabatan Perikanan Malaysia tampil jelaskan viral kononnya ikan keli makanan paling kotor di dunia



Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula ragu kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan dengan menafikan berita yang disebarkan tersebut. Menurut mereka, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai.
Berikut petikan dari Jabatan Perikanan Malaysia.
ISU KELI YANG DIBANGKITKAN
1. Ikan keli mengandungi 10 ribu sel kanser menurut laporan kajian WHO
– Tiada kenyataan sedemikian di laman web WHO
– Tiada rujukan artikel saintifik berkaitan kes tersebut
– Tiada rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.
2. Ikan keli diternak dengan ‘hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals’
– Tiada maklumat yang diperolehi (buat masa ini) mengenai kajian atau laporan spesifik mengenai pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di Malaysia. 
– Ikan keli adalah spesis ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah ‘hormone’ atau ‘fattening chemicals’ dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran.
3. ‘They contain so much oil that you can taste it’
– Ikan keli yang diberi makan minyak yang berlebihan boleh menyebabkan ikan berubah rasa dan bau.
– Kajian yang dilakukan di FRI Batu Maung bertajuk ‘Sensory evaluation, colour and nutritional content of African Catfish Clarias gariepinus fed with 3 different diets imported feed, local feed and chicken offal’ mendapati ikan keli yang diberi makan perut ayam (mempunyai asid lemak mono tak tepu yang tinggi) mempunyai bau dan rasa isi ayam yang signifikan.
4. ‘Omega 6 fatty acid in catfish can increase risk of getting blood clot, arthritis’
– Ikan keli bukanlah sumber asid lemak omega-3 yang baik seperti ikan marin. Ikan keli seperti kebanyakan ikan air tawar mempunyai lebih banyak asid lemak omega-6 berbanding omega-3. 
– Tidak dinafikan pengambilan omega-6 yang tinggi mempunyai risiko seperti yang dinyatakan seperti di atas. Namun tiada kajian spesifik yang mengaitkan pengambilan ikan keli dengan penyakit yang disenaraikan.
SEKIAN.

0 comment... add one now