iXpand Flash Drive tawar cara mudah kosongkan storan peranti Apple anda


Direka untuk menjadi teman yang sempurna untuk iPhone dan iPad anda, iXpand Flash Drive oleh SanDisk menawarkan cara mudah untuk mengosongkan storan peranti Apple anda.
Ditawarkan pada kapasiti 12GB, 32GB, 64GB dan 128GB, ia mengupayakan ‘backup’ secara automatik daripada kamera selain membolehkan anda menonton video format popular dari drive4.
Dengan USB pemindahan berkelajuan tinggi 3.0, ia membolehkan anda memindahkan fail daripada peranti ke komputer riba dan sebaliknya dengan pantas melalui bantuan dan sokongan aplikasi mobil iXpand.
iXpand Flash Drive juga direka dengan perisian perlindungan data membolehkan anda mencipta kata laluan untuk melindungi fail, sekali gus membenarkan anda berkongsi kandungan sambil mengekalkan fail sensitif.
INFO:
IXPAND FLASH DRIVE
- Kapasiti: 12GB, 32GB, 64GB dan 128GB
- Kelajuan: USB 3.0
- Berat: 5.4g
- Dimensi: 13 X 17 X 59mm
- Menyokong format video: wmv, avi, mkv, mp4 dan mov
- Kompabiliti: Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Windows 10, Chrome OS, Mac OS X v10.8 dan ke atas

0 comment... add one now