Isu Presiden KFA, Ahmad Bashah letak jawatan hanya palsu!

Maklumat palsu yang viral di laman sosial

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan Presidennya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan melepaskan jawatan seperti diviralkan di laman sosial, hari ini.
Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya amat kesal dan memandang serius penyebaran berita palsu berhubung perletakan jawatan Presiden.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya khabar angin palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab kerana tiada makluman berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Pengurusan KFA.
"Pihak KFA sentiasa berdiri teguh di belakang Presiden dan menyokong penuh segala usaha dilakukannya untuk kemajuan serta meningkatkan mutu sukan bola sepak Kedah," katanya.
Katanya, pihaknya berharap semua pihak bersikap lebih rasional dan relevan dalam membuat hebahan sehingga disahkan oleh persatuan sendiri.

Viral berkenaan memaklumkan bahawa Ahmad Bashah akan melepaskan jawatan selaku Presiden KFA selepas didesak penyokong setia Hijau Kuning kerana tidak lagi mendapat sokongan.

0 comment... add one now