Isteri rasa cemburu lihat lakonan 'sweet' Alif Satar & Siti Nordiana

maxresdefault
Isteri mana yang cemburu kalau tengok suami yang tersayang bermesra dengan wanita lain kan? Walaupun disebabkan tuntutan kerja tapi tipulah kalau si isteri tak cemburu. Cemburu tu kan tanda sayang. 
Pelakon kacak, Alif Satar memberitahu bahawa isterinya juga tidak terlepas dari merasa cemburu apabila melihat adegannya bersama Siti Nordiana menerusi drama Dia Semanis Honey.
Isterinya, Shadila Halid sering menunjukkan reaksi jelik apabila adegan suaminya disiarkan. Alaaa tu cemburu manja je tu, hehehe. 
“Isteri saya turut menonton drama tersebut tetapi paling kelakar apabila dia tidak mahu melihat adegan romantis dan kadang kala menunjukkan reaksi jelik kerana dia tahu itu bukanlah diri saya. Apabila dia berasa cemburu, Sha akan mengekspresi perasaan tersebut dengan cara kelakar. Pun begitu, dia sangat memahami diri saya kerana tanpanya saya tidak rasa mampu pergi sejauh ini.”
Haa beruntunglah Alif dapat isteri yang sangat memahami walaupun kadang kala perasan cemburu tu datang. Tapi walaupun Sha jenis memahami, diharapkan Alif jangan pula ambil kesempatan tau! 
Suka tengok Alif dengan isterinya ni sebab mereka ini pasangan yang tersangatlah comel! 
Sumber :Kosmo
- See more at: http://www.suriafm.com.my/isteri-cemburu-lihat-lakonan-alif-satar-siti-nordiana/#sthash.I90LWU8R.dpuf

0 comment... add one now