Intel umum akan keluar dari pasaran cip pemprosesan telefon pintar



Pengeluar cip paling dikenali didunia iaitu Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan keluar dari pasaran cip pemprosesan telefon pintar.

Walaupun dikenali ramai, pegangan pasaran Intel didalam pasaran telefon pintar hanyalah sesuatu yang kecil dan anda sudah pasti tahu pasaran ini didominasi oleh Qualcomm, Apple dan Samsung dan menyusul dibelakang ketiga-tiga syarikat ini adalah Huawei.

Intel telah tiba kepada keputusan untuk keluar dari industri cip telefon pintar selepas prestasi kewangan suku pertama 2016 yang menurun dan dengan ini turut membatalkan projek pengeluaran cip pemprosesan terbaru yang dikenali sebagai Broxton.
Pada bulan April, Intel juga telah membuang hampir 12,000 pekerja, melakukan penstrukturan semula dan kini secara terus keluar daripada industri cip pemprosesan telefon pintar.
Selain itu, tiga pengeluar telefon pintar utama dunia iaitu Apple , Samsung dan Huawei juga mempunyai cip pemprosesan mereka yang tersendiri dan ini sudah pasti mengecilkan lagi peluang Intel.
Selain itu, kebanyakkan pengeluar telefon pintar juga lebih tertarik kepada pemproses daripada Qualcomm manakala model kelas pertengahan pula menggunakan pemproses daripada MediaTek.
Satu-satunya syarikat yang menggunakan cip pemprosesan daripada Intel adalah Asus yang dijangka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di Computex pada bulan Jun ini dan keputusan ini mungkin diambil selepas Asus turut menyatakan hasrat untuk beralih kepada pemproses lain.

0 comment... add one now