Insiden viral video warden memukul pelajar sekolah adalah benar!


Pihak polis hari ini mengesahkan bahawa video viral seorang lelaki yang dilihat memukul dan memijak seorang pelajar adalah benar.
"Merujuk kepada insiden viral video yang telah tersebar melalui laman media sosial pada 8/5/2016, jam lebih kurang 4.00 petang berkaitan seorang warden yang telah memukul pelajar di sebuah Kolej Vokasional di Sg. Buloh adalah DISAHKAN BENAR.", tulis kenyataan tersebut.

Selain itu,  polis juga telah menerima satu laporan dari seorang pelajar lelaki 16 tahun mengenai insiden di IPD Sg. Buloh dan siasatan kini sedang dijalankan.

"Pada 9/05/2016 jam lebih kurang 10.25 pagi pihak polis Selangor telah menerima satu laporan polis daripada seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun. Laporan polis telah dibuat di IPD Sg. Buloh. Kejadian telah berlaku pada 3/5/2016 jam lebih kurang 5.30 petang di Asrama Kasih, Kolej Vokasional Sg. Buloh, Selangor.

"Pihak polis memandang serius akan perkara ini. Ekoran daripada laporan yang dibuat pihak polis telah memulakan siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan.

Menerusi kenyataan di Facebook itu juga, polis meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berikutan rakaman video seorang lelaki, yang dipercayai seorang warden, memukul seorang pelajar sekolah.

"Justeru, masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut. Saya memberi jaminan siasatan berhubung perkara ini telah dan sedang dijalankan secara telus dan teliti.", kata kenyataan yang ditulis oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Abd Rahim itu.
Sebelum ini, video terbabit tersebar di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.

Di dalam rakaman itu, kedengaran warden terbabit memarahi pelajar tersebut kerana rokok. 


0 comment... add one now