Inilah punca sebenar kenapa Fasha Sandha buat laporan polis ke atas Jejai?

fasha-sandha-dan-jejai
Semua sedia maklum bahawa rumah tangga antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai telah terputus ditengah jalan. Perkahwinan kali pertama Jejai bersama Nora Danish juga mengalami nasib yang sama.
Apa yang difahamkan Fasha telah membuat satu laporan polis semalam (Isnin) di Balai Polis Ampang dan ia berkaitan dengan bekas suaminya itu cuma Fasha tidak memberitahu secara terperinci.
Jom kita ikuti penjelasan dari tuan punya badan sendiri menerusi mStar Online:
“Maaf saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod Lara Aishah. Ya, memang saya ada buat laporan polis tapi saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis.”
Menurut sumber yang boleh dipercayai laporan itu dibuat kerana Fasha tidak dapat menahan lagi dengan sikap Jejai yang suka menggangu hidupnya. Fasha terpaksa membuat laporan polis kerana  untuk perlindungan diri. 

0 comment... add one now