Inilah kereta kebal utama Malaysia PT-91M "Pendekar"



PT-91M "Pendekar" (M - Malaysia) merupakan kereta kebal utama bagi tentera darat Malaysia. Perjanjian perolehan kereta kebal ini dimeterai pada 11 April 2003 dengan firma Bumar Labedy dari GliwicePoland

Dibangunkan berasaskan casis kereta kebal utama T-72M1, kereta kebal PT-91M telah menjalani revolusi ektensif oleh firma Bumar Labedy dari Poland untuk memenuhi keperluan strategik peperangan armor di Malaysia dari model asas kereta kebal PT-91.

Ia mempunyai bentuk yang lebih rendah, kompak, daya mobiliti yang lebih baik serta berat tempur sekitar 45 tan di lihat sangat bersuaian dengan persekitaran dan bentuk muka bumi di Malaysia. Diberi nama Pendekar semasa sambutan Hari Tentera Darat pada 1 Mac 2008 oleh PTD Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. 

Kesemua kereta kebal ini dioperasikan oleh Rejimen 11 KADKor Armor DiRajaTentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Syed Sirajuddin, GemasNegeri Sembilan.

SPESIFIKASI :

Ciri-ciri umumSunting

  • Krew: 3 orang
  • Dimensi: 10.03 x 3.7 x 2.19 meter
  • Berat tempur: 45.3 tan

PrestasiSunting

  • Enjin: PZL Wola S-1000R (diesel), 1,000 hp
  • Transmisi: Renk/SESM ESM 350M
  • Kelajuan
    • Jalan raya: 70km/j
    • Jalan desa: 45km/j

PersenjataanSunting

  • Meriam utama: 125mm Konstrukta / ZTS Special 2A46MS
  • Mesingan sepaksi: 1x 7.62 x 51mm FN MAG 57T
  • Mesingan anti udara: 1x 12.7 x 99mm FNBrowning M2 HB di turet
  • Sistem pengurusan pertempuran: Sagem Epsilon
  • Sistem kawalan tembakan: Sagem SAVAN-15, giro cincin laser Sagem SIGMA 30
  • Pembidik panaromik: Sagem VIGY 15
  • Perlindungan: ERAWA-3 ERA, 4x sistem amaran laser Przemysłowe Centrum OptykiSSP-1 Obra-3, 24x (2x12) pelancar bom asap ZM Dezamet 902A 81mm

0 comment... add one now