Ini jawapan Syamsul dakwaan ayat seru filem Munafik adalah sebenar, dilarang tonton di rumah!


Sejak beberapa hari lalu, telah menjadi viral di laman sosial tentang diaolog yang digunakan dalam filem Munafik dimana dia tersebar luas di media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook, katanya ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar dan menurutnya lagi ayat berkenaan tiada sedikit pun tiada cacat celanya.

Jadi beliau mengingatkan supaya orang ramai tidak menonton cerita itu dirumah apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda.


Kerana ianya telah menjadi viral, laman Instagram milik pengarah terkenal,Syamsul Yusof telah menerima soalan bertalu-talu daripada peminat tentang kebenaran dakwaan itu.

Seorang peminat bernama Nurazurawawa telah bertanyakan kepada Syamsul soalan berkenaan.


Akhirnya Syamsul telah tampil menjawab soalan yang dikemukan oleh Nurazurawaa itu di mana ia menafikan apa yang menjadi viral di laman sosial berkenaan.

Berikut adalah jawapan Syamsul.


Maka, dengan jawapan berkenaan, ternyata apa yang ditulis dan disebarkan di laman sosial berkenaan hanyalah rekaan semata-mata dan segala persoalannya terjawab.


Jadi elakkan dari menjadi penyebar khabar angin, selidik dahulu sebelum menekan butang "share" untuk memastikan kita tidak menginayai sesiapa.

 Betul cakap Syamsul, sebagai muslim kita jangan taksub atau melampau dengan sesuatu. 

0 comment... add one now